Tuesday, January 31, 2012

Ceritaku 20 Tahun

HAri ini, 1hb Februari 2012, genap 20 tahun usia perkahwinan kami. Bersyukur kerana segalanya dilengkapi oleh Allah swt, dikurniakan 4 orang cahaya mata....2 perempuan & 2 lelaki, pekerjaan, tmpat tinggal yg sempurna, makan minum yg cukup dalam menjalani kehidupan yang di alam pinjaman ini. Bersyukur kerana ikatan perkahwinan kami masih kekal dan utuh. Bukan tidak pernah badai melanda....adat hidup berumahtangga, pasti ada asam garam, pahit manis, suka duka yg telah kami lalui bersama. 20 tahun lalu, semasa kami diijabkabulkan di Masjid Jamek Gopeng, termetrailah ikatan kami dan bermulanya tngungjawab sbgai suami isteri dalam usia yg muda. Saya berumur 22 tahun dan en suami menginjak ke angka 24 tahun. Berkahwin pada tarikh 1 Februari 1992 kerana kami berdua mengajar di Kuala Lumpur, tarikh 1hb Feb adalah cuti umum bg Wilayah Persekutuan. So, tiap2 kali hari Wilayah, KL akan cuti, dan kami pn menumpang sekaki cuti...(time tu rasa istimewa sgt...hehe)
time akad nikah.....yg menikahkan, arwah abah saya
Saya x tunggu lama utk mengandung anak yg sulung, saya dan suami suka sangat sebab memang kami nak anak cepat dan ramai....so, bila umur 35 tahun nanti, saya x mau dah ngandung. Hujung 1992 saya dikurniakan cahayamata perempuan. Time tu, saya memang x brapa pandai nak jaga baby....jadinya, dari hari pertama saya bersalin, en suami yg buat semua....(sbb adik bradiknya ramai dan biasa jaga anak2 sedare). Dari membasuh punggung baby, memasak lauk utk saya makan, memanas dan membalut tungku (walaupun lama en suami panaskan tungku dari masa saya btungku....uii, malasnya nak btungku...berat), rebuskan akar kayu dan herba untuk saya mandi, pakaikan saya barut yg bertali tali tu, pesan spaya saya pakai stokin dn bla, bla, bla.....semua en suami yg buat dan jaga saya semasa dlm pantang. Begitu juga anak2 seterusnya. Saya x pernah berpisah dengan Mod dlm pantang, sya tetap setia menyusahkan dia. Walaupun makin btambah anak, saya makin pandai jaga anak....hasilnya, tengok ajelah anak saya yg bungsu....kus semangat badannya....muahahaha.... Saya yakin, en suami buat semuanya dengan ikhlas, dan sya memang sangat ikhlas menerima semua bantuan dia.....Kedua anak prempuan saya dilahirkan d Kuala Lumpur. Pnghujung tahun 1997 saya kembali ke kg halaman saya di Gopeng, Perak kerana ayahanda tersayang meninggaldunia pada pnghujung 1996. Di hospital Ipoh, saya melahirkan 2 orang lagi cahayamata lelaki, pada 1999 dan yg terakhir 2002.
anak sulung pada usia 25 tahun
Kehidupan kami pada masa kami d Kuala Lumpur dan d Perak x banyak beza, pada kadar sederhana, x lah smpai x makan dan x juga dpt bermewah mewah. Seadanya saja...pada masa tu, apa saja yg boleh saya jual buat berniaga, saya jual bg menambah pendapatan.....macam2. Jual kain baju, telekung, cadar, kek, kuih....bukan dpt untung banyak pun. Kalau jual kek....jual 5 biji, saya dapat 1 biji utk anak2 saya makan. Bila saya kenang2kan saat2 saya dan Mod menghadapi masa2 susah dan getir dulu, sgt menginsafkan. Tiada siapa yg tahu kecuali kami dan Allah. Pada tahun 2006 saya diuji apabila Mod jatuh sakit....sakit yg saya sendiri x pasti... Bermula berubat ke Darul Syifa' dan pelbagai kaedah perubatan Islam...saya hmpir jatuh terduduk apabila pada masa yg sama anak sulung sya (tingkatan 2 di sek beasrama) turut sama sakit seperti ayahnya. 2 org insan yg sya sgt sayang, jatuh sakit serentak. Dan yg paling lama, en suami.........hampir 1 tahun stengah, barulah 80% pulih. Selama itu, dgn gaji yg saya ada, dgn gaji suami yg tinggal sparuh, saya pertaruhkan apa saja bg menampung khidupan kami. Allah itu maha mendengar, maha mengasihani. Mod dapat berpencen terus dari dunia pendidikan atas tiket medical board. Alhamdulillah, rezeki kami berubah dan bertambah selepas itu. Pada April 2009 saya sekeluarga bpindah ke rumah baru di Ipoh bhampiran tempat saya mengajar. Langit itu tidak selalu cerah....kali ini, saya d uji lagi dgn ujian yg lebih hebat. Berbulan menjeruk rasa. Entah di mana silapnya. Tapi sya tahu, Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu. Mampukah saya dan Mod? Jika kita lalai, Allah akan memperingati adalah lbih baik, jika kita jauh, Allah akan mendekatkan adalah lebih baik. Jika tiada kemahuan, mngkin ulangtahun ke 20 ini tidak akan ada. Allah telah mengurniakan hampir lengkap melengkapi segala-galanya. Saya sayangkan Mod, begitu juga Mod tentu sayangkan saya dan anak2. Kembali kepada asal tujuan kita hidup bersama, insyaAllah segalanya dipermudahkan....Amin.
kakak dan adik
Muhammad Azim Aulia'
Mod bersama si bungsu

No comments:

Post a Comment