Saturday, May 7, 2011

Sunday, May 1, 2011

4 Permata Hati

Ini permata hati saya yang pertama ~ Lahir pada 24 Disember 1992
Rabbiatul Addawiah @ kakak / unie / abby
Skrang dah pun 19 tahun. Kerjaya tetap adalah membantu saya di spa dan juga kadang-kadang menghantar dan mengambil adik2 ke sekolah. Pendek kata driver no 2 selepas saya. Menjadi tempat adik-adik bermanja...sangat sensitif.

Permata hati yang kedua ~ lahir pada 04 April 1994
Raidatul Adhwani @ adik / angah / rai
Akan mengambil SPM tahun ni....agak garang ngan adik2, tp lebih prihatin terhadap saya terutamanya jika saya sakit atau sedih. Agak rajin membantu menyettlekan keje2 di rumah.

Permata hati yang ke 3
Muhammad Azim Aulia'
Berusia 12 tahun.....tahun ni UPSR. Sensitif, bijak cuma vitamin M lebih sikit. Sangat aktif, x reti nak duduk diam2. Duk diam bila ngadap games.

Permata hati yg terakhir ~ lahir pada 26 April 2002
Muhammad Azim Mujahid
Anak bongsu tp besar saiz body nya. Pandai memanjakan diri, bijak berkata-kata dan kadang kala 'laser' la jugak. Agak malas nak bergerak...so slalu arahkan kakak2 or abang utk ambil sesuatu barang yang dia nak.

Ingat dulu, saya nak la anak paling minimum 5 orang....tp inilah rezeki yang Allah beri, cantik pun. 2 perempuan, 2 lelaki. Saya ada mengalami keguguran antara anak no 2 dan 3, tu sbb jarak mereka agak jauh. Kalau x kerana saya ada masalah uri yang suka tertinggal semasa melahirkan, dah tentu anak saya lebih dari 4. Saya dinasihatkan utk tidak mengandung lagi, memandangkan ia boleh merosakkan rahim dan mengancam nyawa saya. Lagipun 2 anak lelaki saya, dilahirkan melalui pembedahan.
Kebetulan pula, kelahiran yang bongsu inilah satu2nya uri yang keluar elok dan cantik. Tp memandangkan saya dan suami telah menandatangani surat utk mengikat saluran tiub falopian, hasrat utk menambah bilangan anak tidak menjadi priority lagi. Perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata, kerana ada insan yang telah bernikah bertahun tahun masih tidak mempnyai cahaya mata. Tp ada juga manusia berhati haiwan sewenang2nya melahirkan anak dan membuangnya merata rata.