Monday, January 31, 2011

19 tahun bersama

y1 Februari 1992 to 2011
Alhamdulillah...hari ini genap 19 tahun kami bersama. Moga perjalanan hidup kami yang akan datang dan seterusnya lebih di permudahkan. Mohon keberkatan di atas segala perbuatan. Segala kekhilafan yang berlaku dan berlalu biarlah menjadi pengajaran dan sempadan. Ya Allah, kami bermohon rahmatmu dan berdoa agar kami diberikan kekuatan, ditetapkan iman dalam menempuh sisa-sisa kehidupan menuju akhirat yang abadi. Abang, maafkan segala kesalahan dan kekurangan selama kita bersama.

Friday, January 28, 2011

Masa itu EMAS

Lama betul rasanya saya x menjengah blog. Sibuk ngan blog & FB niaga, urusan kerja dan macam-macam lagi.....Selalu rasa x cukup masa 24 jam yang Allah beri. Sibuk dengan urusan dunia yang x habis-habis.

For the rest of my life....
Akhirnya dapat juga 'update' blog sendiri. Inilah buah tangan dan hadiah buat suami sempena ulangtahun perkahwinan kami nanti pada 1hb Februari 2011 ini. Genap 19 tahun usia perkahwinan kami. Moga Allah tetapkan iman dan merahmati kami sekeluarga. Semoga cinta dan kasih sayang kami kekal hingga ke akhir hayat....walau apa pun yang berlaku, ujian yang telah kami lalui akan lebih membuatkan kami lebih memahami, menyedari dan yang lebih penting, menghargai bahawa itulah insan yang telah dikurniakan oleh Allah untuk kita berkongsi segala rasa suka duka juga susah dan senang bersama....
Untuk suami tersayang, terima kasih  kerana sabar melayani kami sekeluarga.....
Terima kasih Ya Allah, kau hadirkan insan yang amat istimewa dalam hidup ini.

Tuesday, January 25, 2011

Koleksi Video

 
 Ucapan Selamat Hari Raya 2010



Ucapan Selamat Hari Raya 2009
Memories 1992 - 2008




Saturday, January 1, 2011

~ Kenali Saya ~

Saya seorang perempuan, isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata yang berusia antara 9 hingga 19 tahun. Saya selalu di kategori sebagai seorang yang agak pendiam, pemalu, lemah lembut, manja dan agak sombong jika pertama kali orang melihat saya tanpa menegur. (sumber ni dari kawan-kawan....sbb saya suka bertanya pandangan pertama mereka terhadap saya)
Jika sudah mengenali saya, mereka akan kata, saya ni bukanlah pendiam sangat (pendiam bg yang saya x kenal), pemalu...tengok tempatlaaa....lemah lembut (prasan lak saya), tatak sombong sbb ipoh mali, mudah berurusan, menyenangkan, berani, berstamina (betul, betul), berterus terang, kelakar dan kadang kala outspoken (itu jika saya dah simpan lama, dan bila geram...tp tengok gak orang yang saya nak "bagi" tu...heh)
Kebanyakan kawan saya time skolah dulu lelaki, sbb depa ni slalunya x kutuk blakang2. Saya bukanlah seorang yang suka berkawan atau kluar rumah in groups. Cukuplah sekadar 2 atau 3 orang....lebih mudah.
Saya berkawan dgn semua org, tp bersahabat dgn beberapa org je. Sblum kawin dulu, saya ada beberapa teman lelaki untuk saya 'browse' buat pilihan....hehe. Bila dah kawin, saya dah x 'browse' lagi sbb saya sedar batasan saya sbagai istri dan ibu...walaupun ada juga dalam tempoh perkahwinan saya dan 'Mod' (panggilan yg saya akan gunakan dlm blog saya merujuk kepada suami saya) ada juga 5, 6 org yang cuba2 'google' saya. Tp x la semua saya ceritakan pada Mod. Nanti dia akan kata saya prasan dan cari publisiti....(walaupn sebenarnya dia lagi prasan dari saya).....lagi pn saya x nak hubungan kami berdua terganggu....ye tak?