Saturday, February 25, 2012

New Mum with 5 babies

1st time jadi mummy
Si Comel ni baru saja beranak malam tadi, 25 Februari. Pertama kali menjadi ibu dengan 5 ekor anak....Waaaahhh.....seronok betul tengok anak2 yang comel di keluar. Adventure. Ada yang tersepit kaki, tengah2 badan dan juga kepala kat jaring2 kandang. Jenuh jugak proses malam tadi mengeluarkan anak2 ni. Tapi bukan saya yang buat....semua Mod yang proses.
                        Lepas tu, kena asingkan ibu dan bapaknya. Sebab si bapak ni, mungkin, dan biasanya akan makan anak2 yang masih merah ni. Dan ibunya pulak, kalau dia x cukup makan juga akan makan anak2nya. Tapi dia akan pilih anak2 yang x cukup zat dulu. 

Comelkan? Ada yang geli? Saya pun....dulu. Skarang, x lagi.
Bila dah asingkan. Siapkan kotak kecil untuk halang anak2 ni dari terkeluar menerusi jaring2 kandang. Lapik kan jaring kandang dengan keratan kotak dan kain tuala. Kain tuala ni, bila kotor, saya buang je....hehehe. Ganti yang lain. Tapi biasala...babies ni tetap akan tergolek2 keluar nanti sebab depa ni aktif. Untuk mengelakkan dari di makan kucing, setiap kali arnab beranak, depa dapat 1st class macam nih.

Duk dalam rumah....kalau tergolek kluar pun, x pe...boleh kutip balik.
                    Dalam dua hari, badan depa akan ditumbuhi bulu. Seminggu lebih kemudian, baru depa bukak mata. Time tu dah macam arnab normal. Masa tu lah best main ngan arnab2 ni. Kalau lah babies ni x besar2...kan best. Sbb bila dah besar, dah x brapa seronok nak main. Nanti saya akan update pembesaran they orang. Moga semua akan survived.

Friday, February 24, 2012

BrUnch!!!

Lepas subuh tadi, cuba golek-golek ats katil kut2 mau lena. Malam tadi rasanya x cukup tidur. 2,3 malam lepas mngkin tlebih tido, sbb badan memang x sihat since last week. Rabu lepas, malam tu dah rasa makin x ok. Walaupun sedaya upaya saya dah prevent earlier dgn makan ubat2 yg bkaitan, nampaknya x bjaya juga melawan ketentuan. Ptg rabu tu saya siap ke klinik lagi ambil antibiotik yang harganya mahal giler.....rm30 utk 3 biji, means rm10 sebiji. Terkejut besar bila saya keluarkan dari kotak ubat tu tngok hanya ada 3 biji...terus DEMAM PANAS, dgn batuknya, sakit tekak dan yg paling x tahan tu, sakit kepala.
Ni bukan saya yang demam. Mod kalau demam, lagi teruk...cam ni la...hehehe
                               Lbh kurang 3 hari jugak saya terbaring tanpa buat apa2. Bangun untuk smayang, ke bilik air dan memaksa diri untuk makan. Selebihnya memang berbaring..... Hampir tengah hari Jumaat smalam, baru saya rasa ok sikit untuk bangun, itu pun susah payah. Sbb trasa badan saya sakit2 sbb baring terlebih. Nak mengalihkan badan dari kiri ke kanan pun payah. Terbayang saya mcamana org yg terlantar sakit berbulan-bulan, tentu lenguh dan   sakit2 badan. Lewat ptg smalam, baru trasa lebih bertenaga....tanda 2 nak sihat kembali. Alhamdulillah.                  

                                Sambung balik story pagi ni. Lepas cuba golek2 untuk melelapkan mata.....nampaknya saya x berjaya. 8.30 saya turun kebawah, masuk kain dlm mesin, buka tingkap, pintu gelongsor, kemas dapur,...mnta tlg Mujahid hantar sampah2 keluar. Buka fridge tengok sarapan apa nak buat pagi ni. Hrmmm....no mood. Baik saya masak nasi, keluarkan ayam pencen yg dah di garam kunyit smalam, kluarkan ikan nyok2, sayur buncis. Ha, hari ni x yah breakfast. BRUNCH terus!!. Bukan apa, lamanya saya x memasak.....2 minggu yg lepas, Mod yg memasak. Seminggu lepas plak, beli bungkus je. Jadi hari ni dan esok, insyaAllah...saya akan memasak. Lagi pun esok Aulia' boleh balik ke rumah sekejap. Gitu gini di dapur, dalam pkul 10.30 siap. Dah boleh makan. Dan inilah hasilnya. Ringkas je :


Goreng berlada ayam pencen kegemaran Mod
Ikan nyok-nyok masak kicap
Tumis buncis telor berkicap

Friday, February 17, 2012

Tawaran Belajar

Lepas Jumaat tadi, saya keluar dgn anak, Adhwani mencari bahan-bahan untuk buat kek. Sekembali ke rumah dalam jam 6 ptg, tiba-tiba Mod bertanya, "Awak minta sambung belajar ke? Ada surat tawaran sampai" Tengok air muka Mod pun suram je. Saya diam sebentar tanpa menjawab, saya bertanya, "mana suratnya...dan dari universiti mana?". Mod x pasti dari universiti mana, tp suratnya ada di bilik. Lalu saya terangkan kedudukan sebenar pd Mod, dan saya pasti hatinya berbunga lega bila tau kedudukan sebenar. Saya terus ke bilik. Tertera di sampul dari MSU Management & Science University.





               
                             
                                    Wah......betapa mudahnya saya masuk ke Universiti dalam usia hampir 43 tahun ni. Tak perlu beli ID, tak perlu memohon online. Tiba-tiba di tawarkan belajar. Tau aje pulak universiti ni alamat penuh tempat tinggal saya.

                              Saya belek-belek dan baca aje la offer letter ni. Tarikh daftar pn dah hampir benar. 28 Februari. Kat bahagian belakang surat ni ada disertakan lampiran yuran pengajian selama 4 tahun.




                               Untuk 4 tahun, jumlah yuran yg tertera ialah sebanyak RM26,010.00.....pada saya ianya satu jumlah yg banyak. Kalu saya kumpul atau simpan sendiri selama 4 tahun pun, akaun simpanan saya tak akan dapat mencecah jumlah seperti itu. Saya tau niat KPM baik, nak kan semua guru berkelulusan ijazah. Tapi, bukan semua guru minat atau berkemampuan untuk belajar lagi, juga berkemampuan dari segi kewangan. Pada pendapat saya (ingat, ini pendapat saya...sbb ini blog saya) tak perlulah pihak KPM dan Unversiti-universiti yang ada link ngan KPM ni membazir masa, tenaga, kertas, wang ringgit menghantar surat tawaran ni. Guru-guru yang berminat, pasti akan berkobar-kobar memohon tanpa disuruh. Dan saya pasti, ada di kalangan guru yang mendapat surat tawaran ini akan rasa susah hati, tertekan, takut dan gusar jika tidak menerima tawaran ini. Mau tak mau guru-guru ini dengan rasa paksarela akan menerima tawaran (dah la tawaran dibuat dalam jangkamasa singkat) dan akan mendaftar. Jika guru-guru ini gagal beberapa subjek, dah tentu akan mengulang pulak....tambah lagi $$$$$. Lama-lama mencecah RM30,000.00.  Dalam soal ini, (tawaran yang tiba-tiba) saya tak pasti adakah "udang disebalik mee"

                               Dapat ijazah je, reposting plak. Silap-silap jauh dari sekolah dan rumah lama. Lagi dasyat kalau tercampak ke negeri lain. Dalam usia-usia macam saya ni, macam-macam komitmen ada, nak bayar rumah, kereta...anak-anak sekolah, gitu gini. Kalau saya teruskan belajar, dapat ijazah...saya akan menanggung pulak hutang pembelajaran. Hidup pun jadi tak keruan, asyik nak settle kan hutang tak habis-habis. Bagi saya, sejak saya berkahwin dan berkeluarga, kami suami isterilah yang mentadbir keluarga. Tak ada langsung bantuan dari ibu bapa saya atau mentua (kedua-dua memang dah meninggal sebelum saya kawin dengan Mod lagi) untuk membantu menjaga anak-anak saya. Dan Mod pulak, bukannya seorang suami yang very supportif jika saya nak sambung belajar. Jadinya jika saya ada hajat, malah terdetik pun nak sambung belajar, ghentikan lah. Nanti, suami ke mana, anak-anak tunggang langgang. Ini adalah masa untuk anak-anak saya belajar, menimba ilmu dunia dan akhirat. Dan kamilah yang akan dipertanggungjawabkan nanti kemudian.
                                 Kepada rakan-rakan guru yang nak sambung belajar dalam usia-usia seperti saya ni, teruskan lah kalau mampu. Saya terus terang kata, saya memang tak mampu. Saya hanya meluahkan pendapat dan apa yang saya rasa. Tepuk dada, tanyalah kemampuan....sesekali tepuklah "poket" jugak.

Thursday, February 16, 2012

Membaca VS Mata

Membaca menambah pengetahuan. Dulu........saya sangat suka membaca. Zaman-zaman sekolah rendah dulu, saya sangat suka membaca cerita 'fairy tales'dalam bahasa inggeris. Saya pernah meminjam sebuah buku tebal giler di khutub khanah sekolah rendah. Hampir seminggu saya membaca baru abis. Dari ke buku ke televisyen. Cerita2 fairy tales tu sangat menarik minat saya. Ntah kenapa. Yg saya tahu, saya boleh hafal plot ceritanya seperti Cinderella, Rumplestilskin, Sleeping Beauty, Beauty & The Beast....dan bnyk lagi. Jadi, x heran lah kalau anak saya yang sulung tu 'menurun', turut minat cerita2 begitu. Selain itu, saya juga suka membaca cerita2 penyiasatan. Macam 'Nancy Drew', 'Hardy Boys' & 'Famous Five'. 

Saya tak hengatlah cover nya, tapi lebih kurang camni.
                    Naik sekolah menengah, saya mula minat membaca novel2 tempatan. Salah satu novel yang paling saya suka baca, 'Merpati Putih Terbang Lagi' tulisan Khadijah Hashim. Kebanyakan Novel Khadijah Hashim memang saya suka. Macam2 novel saya pinjam di perpustakaan. Tapi bila saya bertukar ke sekolah menengah Raja Perempuan semasa saya tingkatan empat, minat makin berkurangan dan surut.....(sbb sibuk baca buku teks, nak spm...hahaha).  Kebanyakan rakan2 saya di asrama sangat suka membaca novel bahasa inggeris yang saya tak ingat langsung pengarang dan juga judul2 buku tersebut. Yg saya tahu buku tu lebih kepada kisah percintaan (omputeh) dan buku2 tu berlegar2 di dalam asrama. Macam ketagih pulak saya tengok rakan2 saya membacanya. Saya pernah ambil dan tengok isi kandungannya yang langsung tidak menarik minat saya. Kisah2 cinta ni, malaslah saya nak baca.
                 Begitu juga bila dah abis SPM, saya sibuk ke dapur pulak di rumah. Memandangkan saya alah habuk, jadi tugas membersih rumah di serahkan kepada kakak. Jadi, saya belajar memasak. Waktu senggang, radio menjadi peneman. Lupa nak bagi tau, saya suka menulis...sajak, cerpen (konon nak hantar la kat utusan ke, radio ke...konon aje la), karangan....kakaka. Saya ingat lagi semasa saya darjah enam, cikgu pernah bagi markah karangan saya 99/100. Salah langsung x de, tapi cikgu tu sengaja bubuh koma (,) pada salah satu ayat saya supaya saya x dapat markah penuh.
                 Lepas dapat result SPM, saya belajar sekejap di ITM, Shah Alam sebelum 'dipaksa' masuk ke Maktab.  Pun minat saya untuk membaca belum ada. Setakat baca novel2 yang saya pinjam dari rakan2 aje. Minat saya mula berputik selepas saya berkahwin. Mod menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk "Tuntutan Jiwa" pada 14 Februari, 1992 selepas 14 hari kami diijab kabul.

buku bercorak keagamaan pertama yang saya ada
                  Selepas itu, macam-macam buku yang saya baca termasuk majalah berinfomasi....(bukan majalah hiburan ye). Lagi satu buku yg saya suka hengga berjurai air mata ialah 'My Sergei' yg sempat saya baca semasa duduk di hotel d Kuala Lumpur kerana menanda kertas b.ing UPSR 1997. Ia mengisahkan cerita benar sepasang suami istri juara dunia ice skating rusia. Walaupn kulit bukunya bertulis love story, cerita nya lebih kepada kisah suka duka dan kejayaan pasangan ini juga bagaimana suaminya menemui ajal semasa pertandingan. Meminjam buku ni dari rakan, cuba mencari d pasaran utk koleksi....tp hampa.

buku yang di cari-cari
pasangan suami isteri - juara dunia

Dan yang paling saya suka, dari saya sekolah rendah lagi ialah, membaca buku sebelum tidur di bawah cahaya bulan, cahaya samar2, cahaya lampu jalan. Dah jadi habit. Dulu2, Mod heran jugak, lama2 dia pun dah x heran tengok saya membaca begitu. Tapi sekarang dah x boleh....mata dah tak brapa nampak menyebabkan saya makin kurang membaca sebelum tidur. Nak baca dalam cahaya lampu terang? Boleh, tetapi sekejap jika dibandingkan sewaktu saya membaca dlm cahaya samar dulu. Skarang BAD HABIT saya tu dah menurun ke anak sulung saya.

Buku terkini yang saya beli online.....baru bab pertama

Wednesday, February 15, 2012

Periuk Nasi 2012

Sebaik saya melangkah masuk ke rumah tgah hari Isnin yg lalu, saya mendengar seolah-olah bunyi alarm jam yg panjang sayup2. Jengok trus ke dapur, x de plak yg mencurigakan. Jengok plak bahagian blakang rumah....tiba2 saya terpandangkan periuk nasi digital saya di atas lantai bhampiran pintu belakang rumah. Dan saya yakin bunyi alarm panjang tu dihasilkan oleh periuk tersebut. Anak dara saya yg dua org tu bg tau, yg periuk tu tetiba bnyi semasa depa nak masak nasi pg tadi. Oleh kerana dah mcm2 cara dah buat, bunyinya pn x hilang, so depa letak periuk tu kat tepi pintu. Takut meletup!!!

rice cooker yg berbunyi tu
            Ye lah barang2 skarang bukan bleh percaya sangat....macam2 boleh jadi. Rasanya periuk ni baru nak masuk 3 tahun penggunaan. Dah rosak. Sayangla jugak. Tp, kalu nak g hantar servis pn, selalunya barang2 letrik mcm periuk nasi, seterika, kipas, pengering rambut...kalau rosak, biasanya mesti juruteknik tu akan bg tau x berbaloi nak repair. Kos repair hmpir menyamai harga barang baru. Contoh kalau kita beli seterika dgn harga rm90.00....setahun lebih kmudian, tiba2 x mau panas. Plate rosak. Nak ganti plate pn dah rm50 -rm60. Baik beli baru. Kurang2 ada warranty setahun. Berbalik pada periuk nasi saya tu, sbb bunyinya masih berterusan......(sya dah ketuk2, dah bg flying kick ringan) pn mcm tu jgak, saya terus masukkan kedalam plastik sampah hitam. Bungkus baik punya, letak kat luar pagar rumah. Taklah sakit telinga. Esok lori sampah dtg kutip. Malam tu jugak saya ke Seng Heng, Gunung Rapat membeli periuk nasi baru......tadaaaa..... Pesen sama, jenama je lain.

rice cooker digital yang baru...CUN
        Saya baru tau yg Seng Heng ada promosi tambahan. Jika kita ahli, kita akan dapat less harga. Pastu tambah sikit dlm rm9 - rm15 (ikut jenis barang dan harga) jika masih dlm waranty, barang rosak....kita just hantar kat Seng Heng, they orang akan trus bg yg baru tanpa perlu tunggu barang kita di hantar utk repair.

kad ahli Seng Heng
             Tapi kalau kedekut nak tambah duit sikit, jika barang rosak, bila hantar repair paling tidak mau jugak sebulan baru siap. Sementara tu kenalah masak nasi atas gas, x pun beli periuk baru pulak. Offer Seng Heng tu pada saya, sangat2 ok. Tapi, jangan lah rosak hendaknya. Biarlah alah membeli, menang memakai.

Tuesday, February 14, 2012

Pulut Kuning & Rendang Ayam

Kebetulan masa saya dan Mod melawat anak bujang, Aulia' di Maahad pd Ahad 12hb, butang baju melayu, cangkuk kedua dua seluar baju melayu sekolahnya tercabut. Kenalah saya bawa balik utk dijahit. Berjanji dgn Aulia' akan hantar baju dan seluar2 tersebut keesokan harinya sebelah malam. Terniat dan terdetik di hati kami berdua nak bersedekah makanan pada anak2 yg berada di Maahad tu seramai lebih kurang 70 orang. Dok pikir sama ada nak masak, or beli or oder je ke......tiba2 aje dapat idea nak buat pulut kuning dan rendang ayam. Bukan apa, untuk rendang ayam tu, x de masalah.....saya memang terer masak...hehe. 

           Bab pulut ni, saya memang x pandai la nak kukus banyak2. Sebenarnya time tu, saya dah terbayangkan sahabat saya Sharina yg memang terer bab masak memasak ni. Malam Ahad tu jugak saya ke Tesco dan telefon meminta bantuan dan bincang brapa kilo beras pulut yg di perlukan untuk makan 70 orang. Nasibla Sharina setuju, walaupun saya menyusahkannya last2 minit. Saya beli 5 kg beras pulut dan serahkan pada Chef Sharina di sekolah pd pgi Isnin. 
          Mod plak, pepagi dah ke pasar membeli 4 ekor ayam, santan, lengkuas, kerisik, serai dan daun kunyit. Bahan2 lain, da ada kat rumah. Balik aje ke rumah, dalam jam 3 ptg, saya pun siap2 pakai apron utk ke dapur. Ayam2 sume Mod dah siap basuh. Saya cuma perlu potong ayam2 tu lebih kecil dan siapkan bahan2 utk rendang.

rendang ayam dah siap
Dalam jam 6 ptg plak, bergegas ke rumah Sharina mengambil pulut dalam hujan lebat. Pulut sampai ke rumah, dgn bantuan anak2 dara tu, kami pn start packing pulut dan rendang. Dan inilah hasilnya :

pulut hasil tangan Sharina
siap packing
          Selepas maghrib, dalam jam 8 malam, kami pn ke Maahad menghantar keperluan Aulia' dan pulut kuning rendang ayam tu. Seronok rasa dapat memasak sendiri untuk juadah anak2 di Maahad malam tu. Mesti anak2 tu seronok ada rezeki malam tu.

tolong susunkan di meja makan 



sempat jumpa sekejap
         Yang kakaknya plak masakkan muffin untuk Aulia'...... Hrmm, puas hati. Trima kasih kepada Sharina yg sudi membantu malah bahan untuk pulut tu di sediakan oleh Sharina secara percuma. Dapatlah kami dua keluarga merasa sedikit pulut dan ayam rendang. Sebenarnya inilah kali pertama saya masak untuk 70 orang....wah, terasa terer sekejap....hehe.

 
muffin untuk Aulia'

Monday, February 6, 2012

Cara Mudah Kupas Kulit Bawang

Dulu nak kupas kulit bawang pada saya pnyalah susah. Tiap kali saya kupas bawang untuk memasak, stakat 4, 5 biji mesti mata saya pedih dan berair esp bawang merah kecil. Bila time nak raya, nak buat rendang tok....en suami dan anak2 yg tolong kupaskan. They orang yg kupas, saya yg menangis beria-ria. Tu belum saya yg kupas...mau meraung. Dan saya pulak memang kupas bawang merah kecil dan besar, bawang putih siap2 dan masukkan dalam tipuware utk disimpan dalam peti sejuk. Bila nak masak, senanglah, x yah sibuk2 nak kupas bawang. Selalunya yg jadi mangsa anak bujang saya tu lah.
siap dikupas. simpan dalam tipuware
Tp semenjak tahun lepas, tetiba je trjumpa idea bagaimana nak mengupas bawang dgn mudah dan yg penting, tanpa membazir ayor mate. Kebetulan, bawang2 yg saya simpan dah nak rosak. (terlupa pnya pasal la ni). Baki bawang yg belum dikupas tu saya simpan dlm plastik, tapi terlupa nak buh dlm peti sejuk. Akibatnya ada bawang2 yg dah mulai busuk. So, saya basuh dan rendam bawang2 tu dalam air mcm ni :
rendam ngan air
Hasilnya, saya mengupas bawang2 tu dengan sgt mudah. Dan yg paling penting, tiada lagi pembaziran air mata. Kalu x percaya....cubalah. Rendam bawang2 ni dlm sejam dua. Tp biasanya saya rendam mlm....esok, bila senang baru saya kupas. Anak2 dara pun x komplen pedih mata. Lg satu, bila kita kupas bawang, basuh ikan.....tngan kita mesti berbau kan. Kadang2, bila basuh ngan sabun pn x brapa efektif. Bau tetap ada. Lebih2 lagi kalau basuh ikan keli. Dulu, bg mnghikangkan bau tangan, saya basuh dengan limau purut yg saya tanam. Kalau limau x de, cuci ngan sabun mandi. Tp sekarang dengan sabun tangan "prolin" keluaran cosway....mudah dan berkesan. Pernah gak cuba produk lain, tp x brapa berkesan, bau x hilang.
ko ade?

Jangan Mengeluh


JANGAN MENGELUH? 
Hampir mustahil sya dapat lakukan dgn 'JANGAN'. Sesekali mesti terbit juga dari mulut ni. Paling tidak, perkataan 'aduhai....' atau menarik nafas panjang tanpa kata2. Bila sebut 'jangan mengeluh', adakah memang x boleh langsung? Pada saya, jgnlah mengeluh ini dijadikan kebiasaan, sbb bila dah jadi kebiasaan bimbang menjadi kebanggaan. Eh, macam mana tu? 
                   Di rumah ~ Bila bnyak sngt mengeluh, nak masaklah, nak mengemaslah, nak membasuh, nak menyapu, mop dan mcam2 lagi. Dan kadang2 bila dah letih sgt, mulalah mengeluh. Sekali sekala x pe. Tapi kalau dah tiap kali mengeluh...maknanya kerja yg kita lakukan dah jadi x ikhlas, x ikhlas maknanya x dapatlah ganjaran pahala sbb bila bnyak sngt mengeluh, jadi x redha pulak. En suami yg mendengar pun mesti tumpang sekaki sakit telinga dan sakit hati. Kan bnyak x eloknya. Tp ye lah, nama pun manusia, kekadang kita x berniat pun nak mengeluh...tp bila semua kita nak buat, suami dan anak2 yg dah besar panjang pulak rilek aje tngok tv, baca surat khabar, tidur, makan, bertenet.....sakit gak hati kan, kan, kan..... Jadi para suami dan anak tu tolong2la para ibu di rumah. X kiralah para ibu tu suri rumah sepenuh masa ke....kalau bekerjaya, lagi la patut bantu membantu. Jangan bantu tengok je. Saya pun suka gak kalu hanya...."tolong tengok:". 

Korang boleh ke?

                        Di tempat kerja plak...memang x dapat di nafikan bebanan kerja memang banyak dan bertambah. Nak2 yg jadi cikgu mcm saya ni. Macam2. Sapa kata jadi cikgu senang? Dan sapa pulak kata keje kat pejabat senang? Sebenarnya pada saya, setiap apa jua pun kerjaya kita, ada susah senangnya, ada cabarannya. Yg x jadi cikgu x tahu apa yg cikgu buat, yg jd cikgu pulak x brapa nak tau apa kerjaya doktor, peguam, pegawai tadbir dll buat. Semua ada peranan masing2, jadi jgn nak mengeluh. 


                              Nak citer sikit je pasal cikgu, sbb saya cikgu...hehe. Jadi cikgu ni memang over banyak kerja...bukan stakat ngajar, paper work, kerja pengkeranian, jaga budak, jaga harta sekolah....saknika macam2. Tp, adatlah....ada yg ngelat, ada yg khoje terlebih, ada sibuk memanjang, ada yg buat2 brehat memanjang. Nama pun manusia, kalu sikap dan perangai sama, senangla. Selalunya ada antara kita yg suka sangat mengeluh....biasanya yg mengeluh ni, org yg sama yg dah menjadi kebiasaan dia memang suka mengeluh dan selalunya orang yg mengeluh ni adalah org yg PERASAN DIA SORANG JE BANYAK KERJA. Ini yg kebiasaan menjadi kebanggaan. 
              Mana tidaknya.....dia mengeluh kerana dia merasa dia sorang saja dibebankan kerja lebih dari orang lain, dia saja la yg diharapkan bos untuk menyiapkan itu dan ini, dia saja yg pandai buat , jd dia saja yg asyik disuruh bos. Oleh itu dia mengeluh kepada rakan2 bahawa dia dah tak larat, dia bnyak kerja, konon "balik2 aku, balik2 aku, x de orang lain ke nak buat"...chewahhhhh!!!! ayattttt!!!!!.....
Padahal disebaliknya dia berbangga bahawa dialah org yg boleh buat itu ini, begitu begini. Merasakan dia seorang sibuk berbanding rakan2 lain kerna dia duduk dlm lingkungan perspektif dirinya sendiri...perasan lebih. Dia tidak melihat dan tidak pernah melihat bahawa rakan2nya juga pnya kesibukan masing2 berlainan kerja dan tugas yg tidak dicanangkan melalui keluhan. Pada pandangannya, rakan2 yg x nampak di mata akan kesibukan dan tidak kedengaran keluhan adalah org yg tidak berapa sibuk berbanding dengan dirinya yg asyik mengeluh kerana banyak kerja. Seharusnya ini tidak berlaku. 
                  Sedarlah dan bukalah mata dan minda seluas-luasnya, wahai manusia2 yg sering dan suka mengeluh, PERCAYALAH disebalik setiap perkara yg kita keluhkan itu PASTI ADA SESUATU YG KITA BOLEH SYUKURI. 
Bersyukurlah dengan lebih banyak dan percayalah hidup kita akan lebih mudah dan keberkatan itu senantiasa selalu bersama kita, kerana dengan bersyukur, kita akan dapat melihat hal-hal yang selama ini mungkin luput dari pandangan kita kerana kita terlalu sibuk mengeluh.
IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI HANYA BERMATLAMATKAN NYA.

Saturday, February 4, 2012

Goreng Berlada Paru & Tempe




                              Nampak menyelerakan.....hrmmm, rasanya pn memang sedap. Goreng berlada ni memang masakan turun temurun keluarga en suami, Mod. Dulu, msa mula2 kawin, Mod la yg mengajar saya cara2 msak goreng berlada ni. X semestinya paru, ikan wood pn boleh, tenggiri, kembong besar kecil, daging dan juga ayam. Masa Mod ajar saya dulu, cili merah, cili padi dan bawang2 tu saya TERPAKSARELA tumbuk guna lesung batu. Jenuh juga....time guna lesung batu kadang2 pakai cermin mata utk mengelakkan air cili terpercik ke mata. Pedih ooooo kalau kena mata. Nsb baikla Mod rajin tlg tumbukkan cili, tapi lama2 saya upgrade caranya dgn menggunakan blender. Sya perhatikan kakak Mod yg sulung menggunakan blender...ye lah, anak2 pn ramai. Selera pn gadang. Mana larat nak tumbuk. Stakat Mod nak makan, ok la lgi. Sya pulak dulu2, memang x tahan pedas langsung dan x brapa suka makan makanan berminyak. Jadi bila ramai2 berkumpul di rumah...dah tentu saya akan guna blender. Nsb baik Mod x dera saya guna lesung batu, kalau x, dah tentu saya "menangis" ari2. Ada juga yg kata ada perbezaan antara guna lesung batu dan blender...sama ada goreng berlada atau sambal belacan. Ada yg kata x sedap, ada yg kata rasa besi pisau blend lah, ada yg kata kurang "kick" la.....tp bila makan, ok je....lagi satu kalau makan kat gerai, tengok yg complaint ni 'belasah' je, siap tambah2 lagi. Bertuahlah tukang masak kat gerai2 ni kalu sambal belacan depa dok tumbuk, tak tau lah saya kalau ada lesung batu saiz gergasi. 
                        Pada saya, jika kemudahan telah di sediakan, pandai2 lah guna. Rasanya x de sesuatu yg dicipta itu tidak mendatangkan manfaat kepada pengguna. Semua yg dicipta, terpulang kepada kita bagaimana kita menggunakannya. Mcm tu jgak teknologi alam maya....contohnya blog. Ada yg menggunakan blog untuk perkara2 yg langsung tidak membawa kebaikan, yg bijak dan bisness minded plak menggunakan blog utk menambah pendapatan, ada juga untuk share resipi or idea2, ada juga ug guna blog untuk promote dan berniaga diri sendiri. Fikir2kan lah. Pilihan adalah di jari anda!

Cucur The Best In Town

Salam Maulidur Rasul...... pada pg yg indah ni....awal2 selesai smayang subuh, ngaji sikit, sya turun ke bawah. Hajat hati nk menyelesaikan kain2 3 bakul utk dilipat, asing untuk d gosok. Sambil tu nonton 'Tanyalah Ustaz' di tv9....kain kotor plak 1 mesin sedang giat mnjalankn rutin harian. Yg kat dapur plak, sya perangatkn kari ikan dan bubur jagung smlam. Selesai aje kain, msuk trus ke dapur nsk tngok apa2 yg boleh d masak. Kain yg 3 bakul tadi, d lipat dah jd 2 bakul.
x tau bila nak proses menyimpan plak
                    Agak lama jgak x masak cucur. Ari ni nk buat cucur kentang plus ikan bilis. Tp saya kena buat 2 bncuhan. Nak dapat cucur yg sedap dan rangup, ha...bole ikut cara saya. Bancuh tepung gandum, baking powder, garam dan gula dgn air suam. Kalu guna air masak....x maunya cucur tu rangup, kluar kuali, trus lembut or lisut. Mula2, saya kena goreng kat anak2 bujang dulu. Sbb depa ni x mo bwang, x mo cili.

Sambil goreng, yg bakinya di tambah bwang, cili potong dan kalu ada bolehla buh daun sup & daun bawang utk memeriahkan lagi ghope cucur nih.
Yang ni, yg dah siap....terlebih garing....sibuk menaip pnya pasal....jgn diamalkan ye ibu2 di luar sana....

              Partner cucur ni, paling sedap, sardin and teh tarik home made. Lupa nk bg tau, selain tu, kita bole buat cucur roti, jagung, udang dan mcm2 lagi. Guna kaedah yg sama. Bancuh ngan air yg betul2 suam. Biar bila celup jari tu, trasa panasnya, tp jgn over panas plak...nanti bila tepung masuk kuali, hancur mnjadi ketulan halus plak. Agak2 la.
ni, kalau nak makan, lenyek2 kan sikit masuk mangkuk kecik
teh tarik home made, leh lawan mamak pnya
Ni, sape nak tolong setle kan pinggan mangkuk piuk nihhh....?
masak pn kita, kemas, basuh pn kita.....huhuhuhuwaaaaa!!!!!

Thursday, February 2, 2012

Rabbits

Mak Rabbit Hitam saya ni baru aje beranak kembar dua, hampir 2 minggu yang lalu. Mata si anak pun dah celik....comel (baby le katakan). Dua2 putih, dgn sedikit tompok2 hitam. 
Ada cadangan nama nak bagi?
Ni plak Mak Hitam yang dah 4, 5 kali beranak
Petang tadi Mod pi beli kandang baru yang lebih besar sikit....kesian, nak main 'aci kejar' pun sempit.
kandang baru yang lebih selesa
ada 8 ekor semuanya
ni anak betina ngan bapak induk

species Anggora 
Saya memang sukakan haiwan2 ni...dulu masa saya sek rendah dan menengah, macam2 saya bela...ikan dalam aquarium la, tikus putih, arnab, ayam....anak itik....tp selalunya takat baby baby...dah besar x brapa best nak buat main. Tp yg paling best, arnab. Saya siap bawa tidur lagi tanpa pengetahuan mak saya...hehe

1212

kek indulgance home made by Yanti
Wah.....baru terperasan...betapa cantiknya digit (istilah matematik) di atas sempena 1 Februari 2012 ni. Pepagi lagi siap2 nak pi sekolah, saya memakai jam tangan baru hadiah en suami........hitam itu menawan.
pandai dah Mod mengagak brapa panjang nak kerat tali jam....ngam, ngam.
pandangan jarak dekat
Sebut pasal jam ni, teringat time dulu-dulu. Pada masa dahulu, saya x lah pakai jam mahal-mahal, yg pertama sebab pada saya, kalu stakat nak tengok masa jam berapa hengget pun ok. Lebih baik jam murah, tapi kita menepati masa. Pakai jam mahal ribu skali pun, kalau x reti nak menepati masa baik x payah. Yg kedua, sebab saya selalu cuai, jika saya singgah sembahyang kat mana-mana, insyaAllah, jam tu akan saya 'sedekah' kan kat tempat tu. Jadi, kalu saya beli jam 10 hengget pun, x kisahlah kan.
         Pada tahun 2007, Mod telah menghadiahkan saya sebuah jam jenama Guess berharga lebih kurang RM800.00. Itulah pertama kali saya pakai jam mahal......oooo, agak sukar juga menjaga ingatan saya ni supaya saya tidak meninggalkan jam merata-rata.... Pernah sekali tu, saya tersalah letak di rumah, dua tiga hari saya memikirkannya....terasa bersalah sangat masa tu. Nasib baik jumpa kembali. Sejak itu, saya sangat berhati-hati. Jika saya singgah sembahyang di mana-mana R&R saya pastikan akan masuk kan jam tangan ke dalam handbag.
Mod pulak dengan cincin delimanya......nin diaaaaa....

pakai cincin sambil petik gitar