Tuesday, February 14, 2012

Pulut Kuning & Rendang Ayam

Kebetulan masa saya dan Mod melawat anak bujang, Aulia' di Maahad pd Ahad 12hb, butang baju melayu, cangkuk kedua dua seluar baju melayu sekolahnya tercabut. Kenalah saya bawa balik utk dijahit. Berjanji dgn Aulia' akan hantar baju dan seluar2 tersebut keesokan harinya sebelah malam. Terniat dan terdetik di hati kami berdua nak bersedekah makanan pada anak2 yg berada di Maahad tu seramai lebih kurang 70 orang. Dok pikir sama ada nak masak, or beli or oder je ke......tiba2 aje dapat idea nak buat pulut kuning dan rendang ayam. Bukan apa, untuk rendang ayam tu, x de masalah.....saya memang terer masak...hehe. 

           Bab pulut ni, saya memang x pandai la nak kukus banyak2. Sebenarnya time tu, saya dah terbayangkan sahabat saya Sharina yg memang terer bab masak memasak ni. Malam Ahad tu jugak saya ke Tesco dan telefon meminta bantuan dan bincang brapa kilo beras pulut yg di perlukan untuk makan 70 orang. Nasibla Sharina setuju, walaupun saya menyusahkannya last2 minit. Saya beli 5 kg beras pulut dan serahkan pada Chef Sharina di sekolah pd pgi Isnin. 
          Mod plak, pepagi dah ke pasar membeli 4 ekor ayam, santan, lengkuas, kerisik, serai dan daun kunyit. Bahan2 lain, da ada kat rumah. Balik aje ke rumah, dalam jam 3 ptg, saya pun siap2 pakai apron utk ke dapur. Ayam2 sume Mod dah siap basuh. Saya cuma perlu potong ayam2 tu lebih kecil dan siapkan bahan2 utk rendang.

rendang ayam dah siap
Dalam jam 6 ptg plak, bergegas ke rumah Sharina mengambil pulut dalam hujan lebat. Pulut sampai ke rumah, dgn bantuan anak2 dara tu, kami pn start packing pulut dan rendang. Dan inilah hasilnya :

pulut hasil tangan Sharina
siap packing
          Selepas maghrib, dalam jam 8 malam, kami pn ke Maahad menghantar keperluan Aulia' dan pulut kuning rendang ayam tu. Seronok rasa dapat memasak sendiri untuk juadah anak2 di Maahad malam tu. Mesti anak2 tu seronok ada rezeki malam tu.

tolong susunkan di meja makan 



sempat jumpa sekejap
         Yang kakaknya plak masakkan muffin untuk Aulia'...... Hrmm, puas hati. Trima kasih kepada Sharina yg sudi membantu malah bahan untuk pulut tu di sediakan oleh Sharina secara percuma. Dapatlah kami dua keluarga merasa sedikit pulut dan ayam rendang. Sebenarnya inilah kali pertama saya masak untuk 70 orang....wah, terasa terer sekejap....hehe.

 
muffin untuk Aulia'

No comments:

Post a Comment