Thursday, February 16, 2012

Membaca VS Mata

Membaca menambah pengetahuan. Dulu........saya sangat suka membaca. Zaman-zaman sekolah rendah dulu, saya sangat suka membaca cerita 'fairy tales'dalam bahasa inggeris. Saya pernah meminjam sebuah buku tebal giler di khutub khanah sekolah rendah. Hampir seminggu saya membaca baru abis. Dari ke buku ke televisyen. Cerita2 fairy tales tu sangat menarik minat saya. Ntah kenapa. Yg saya tahu, saya boleh hafal plot ceritanya seperti Cinderella, Rumplestilskin, Sleeping Beauty, Beauty & The Beast....dan bnyk lagi. Jadi, x heran lah kalau anak saya yang sulung tu 'menurun', turut minat cerita2 begitu. Selain itu, saya juga suka membaca cerita2 penyiasatan. Macam 'Nancy Drew', 'Hardy Boys' & 'Famous Five'. 

Saya tak hengatlah cover nya, tapi lebih kurang camni.
                    Naik sekolah menengah, saya mula minat membaca novel2 tempatan. Salah satu novel yang paling saya suka baca, 'Merpati Putih Terbang Lagi' tulisan Khadijah Hashim. Kebanyakan Novel Khadijah Hashim memang saya suka. Macam2 novel saya pinjam di perpustakaan. Tapi bila saya bertukar ke sekolah menengah Raja Perempuan semasa saya tingkatan empat, minat makin berkurangan dan surut.....(sbb sibuk baca buku teks, nak spm...hahaha).  Kebanyakan rakan2 saya di asrama sangat suka membaca novel bahasa inggeris yang saya tak ingat langsung pengarang dan juga judul2 buku tersebut. Yg saya tahu buku tu lebih kepada kisah percintaan (omputeh) dan buku2 tu berlegar2 di dalam asrama. Macam ketagih pulak saya tengok rakan2 saya membacanya. Saya pernah ambil dan tengok isi kandungannya yang langsung tidak menarik minat saya. Kisah2 cinta ni, malaslah saya nak baca.
                 Begitu juga bila dah abis SPM, saya sibuk ke dapur pulak di rumah. Memandangkan saya alah habuk, jadi tugas membersih rumah di serahkan kepada kakak. Jadi, saya belajar memasak. Waktu senggang, radio menjadi peneman. Lupa nak bagi tau, saya suka menulis...sajak, cerpen (konon nak hantar la kat utusan ke, radio ke...konon aje la), karangan....kakaka. Saya ingat lagi semasa saya darjah enam, cikgu pernah bagi markah karangan saya 99/100. Salah langsung x de, tapi cikgu tu sengaja bubuh koma (,) pada salah satu ayat saya supaya saya x dapat markah penuh.
                 Lepas dapat result SPM, saya belajar sekejap di ITM, Shah Alam sebelum 'dipaksa' masuk ke Maktab.  Pun minat saya untuk membaca belum ada. Setakat baca novel2 yang saya pinjam dari rakan2 aje. Minat saya mula berputik selepas saya berkahwin. Mod menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk "Tuntutan Jiwa" pada 14 Februari, 1992 selepas 14 hari kami diijab kabul.

buku bercorak keagamaan pertama yang saya ada
                  Selepas itu, macam-macam buku yang saya baca termasuk majalah berinfomasi....(bukan majalah hiburan ye). Lagi satu buku yg saya suka hengga berjurai air mata ialah 'My Sergei' yg sempat saya baca semasa duduk di hotel d Kuala Lumpur kerana menanda kertas b.ing UPSR 1997. Ia mengisahkan cerita benar sepasang suami istri juara dunia ice skating rusia. Walaupn kulit bukunya bertulis love story, cerita nya lebih kepada kisah suka duka dan kejayaan pasangan ini juga bagaimana suaminya menemui ajal semasa pertandingan. Meminjam buku ni dari rakan, cuba mencari d pasaran utk koleksi....tp hampa.

buku yang di cari-cari
pasangan suami isteri - juara dunia

Dan yang paling saya suka, dari saya sekolah rendah lagi ialah, membaca buku sebelum tidur di bawah cahaya bulan, cahaya samar2, cahaya lampu jalan. Dah jadi habit. Dulu2, Mod heran jugak, lama2 dia pun dah x heran tengok saya membaca begitu. Tapi sekarang dah x boleh....mata dah tak brapa nampak menyebabkan saya makin kurang membaca sebelum tidur. Nak baca dalam cahaya lampu terang? Boleh, tetapi sekejap jika dibandingkan sewaktu saya membaca dlm cahaya samar dulu. Skarang BAD HABIT saya tu dah menurun ke anak sulung saya.

Buku terkini yang saya beli online.....baru bab pertama

No comments:

Post a Comment