Friday, February 24, 2012

BrUnch!!!

Lepas subuh tadi, cuba golek-golek ats katil kut2 mau lena. Malam tadi rasanya x cukup tidur. 2,3 malam lepas mngkin tlebih tido, sbb badan memang x sihat since last week. Rabu lepas, malam tu dah rasa makin x ok. Walaupun sedaya upaya saya dah prevent earlier dgn makan ubat2 yg bkaitan, nampaknya x bjaya juga melawan ketentuan. Ptg rabu tu saya siap ke klinik lagi ambil antibiotik yang harganya mahal giler.....rm30 utk 3 biji, means rm10 sebiji. Terkejut besar bila saya keluarkan dari kotak ubat tu tngok hanya ada 3 biji...terus DEMAM PANAS, dgn batuknya, sakit tekak dan yg paling x tahan tu, sakit kepala.
Ni bukan saya yang demam. Mod kalau demam, lagi teruk...cam ni la...hehehe
                               Lbh kurang 3 hari jugak saya terbaring tanpa buat apa2. Bangun untuk smayang, ke bilik air dan memaksa diri untuk makan. Selebihnya memang berbaring..... Hampir tengah hari Jumaat smalam, baru saya rasa ok sikit untuk bangun, itu pun susah payah. Sbb trasa badan saya sakit2 sbb baring terlebih. Nak mengalihkan badan dari kiri ke kanan pun payah. Terbayang saya mcamana org yg terlantar sakit berbulan-bulan, tentu lenguh dan   sakit2 badan. Lewat ptg smalam, baru trasa lebih bertenaga....tanda 2 nak sihat kembali. Alhamdulillah.                  

                                Sambung balik story pagi ni. Lepas cuba golek2 untuk melelapkan mata.....nampaknya saya x berjaya. 8.30 saya turun kebawah, masuk kain dlm mesin, buka tingkap, pintu gelongsor, kemas dapur,...mnta tlg Mujahid hantar sampah2 keluar. Buka fridge tengok sarapan apa nak buat pagi ni. Hrmmm....no mood. Baik saya masak nasi, keluarkan ayam pencen yg dah di garam kunyit smalam, kluarkan ikan nyok2, sayur buncis. Ha, hari ni x yah breakfast. BRUNCH terus!!. Bukan apa, lamanya saya x memasak.....2 minggu yg lepas, Mod yg memasak. Seminggu lepas plak, beli bungkus je. Jadi hari ni dan esok, insyaAllah...saya akan memasak. Lagi pun esok Aulia' boleh balik ke rumah sekejap. Gitu gini di dapur, dalam pkul 10.30 siap. Dah boleh makan. Dan inilah hasilnya. Ringkas je :


Goreng berlada ayam pencen kegemaran Mod
Ikan nyok-nyok masak kicap
Tumis buncis telor berkicap

No comments:

Post a Comment