Monday, February 6, 2012

Jangan Mengeluh


JANGAN MENGELUH? 
Hampir mustahil sya dapat lakukan dgn 'JANGAN'. Sesekali mesti terbit juga dari mulut ni. Paling tidak, perkataan 'aduhai....' atau menarik nafas panjang tanpa kata2. Bila sebut 'jangan mengeluh', adakah memang x boleh langsung? Pada saya, jgnlah mengeluh ini dijadikan kebiasaan, sbb bila dah jadi kebiasaan bimbang menjadi kebanggaan. Eh, macam mana tu? 
                   Di rumah ~ Bila bnyak sngt mengeluh, nak masaklah, nak mengemaslah, nak membasuh, nak menyapu, mop dan mcam2 lagi. Dan kadang2 bila dah letih sgt, mulalah mengeluh. Sekali sekala x pe. Tapi kalau dah tiap kali mengeluh...maknanya kerja yg kita lakukan dah jadi x ikhlas, x ikhlas maknanya x dapatlah ganjaran pahala sbb bila bnyak sngt mengeluh, jadi x redha pulak. En suami yg mendengar pun mesti tumpang sekaki sakit telinga dan sakit hati. Kan bnyak x eloknya. Tp ye lah, nama pun manusia, kekadang kita x berniat pun nak mengeluh...tp bila semua kita nak buat, suami dan anak2 yg dah besar panjang pulak rilek aje tngok tv, baca surat khabar, tidur, makan, bertenet.....sakit gak hati kan, kan, kan..... Jadi para suami dan anak tu tolong2la para ibu di rumah. X kiralah para ibu tu suri rumah sepenuh masa ke....kalau bekerjaya, lagi la patut bantu membantu. Jangan bantu tengok je. Saya pun suka gak kalu hanya...."tolong tengok:". 

Korang boleh ke?

                        Di tempat kerja plak...memang x dapat di nafikan bebanan kerja memang banyak dan bertambah. Nak2 yg jadi cikgu mcm saya ni. Macam2. Sapa kata jadi cikgu senang? Dan sapa pulak kata keje kat pejabat senang? Sebenarnya pada saya, setiap apa jua pun kerjaya kita, ada susah senangnya, ada cabarannya. Yg x jadi cikgu x tahu apa yg cikgu buat, yg jd cikgu pulak x brapa nak tau apa kerjaya doktor, peguam, pegawai tadbir dll buat. Semua ada peranan masing2, jadi jgn nak mengeluh. 


                              Nak citer sikit je pasal cikgu, sbb saya cikgu...hehe. Jadi cikgu ni memang over banyak kerja...bukan stakat ngajar, paper work, kerja pengkeranian, jaga budak, jaga harta sekolah....saknika macam2. Tp, adatlah....ada yg ngelat, ada yg khoje terlebih, ada sibuk memanjang, ada yg buat2 brehat memanjang. Nama pun manusia, kalu sikap dan perangai sama, senangla. Selalunya ada antara kita yg suka sangat mengeluh....biasanya yg mengeluh ni, org yg sama yg dah menjadi kebiasaan dia memang suka mengeluh dan selalunya orang yg mengeluh ni adalah org yg PERASAN DIA SORANG JE BANYAK KERJA. Ini yg kebiasaan menjadi kebanggaan. 
              Mana tidaknya.....dia mengeluh kerana dia merasa dia sorang saja dibebankan kerja lebih dari orang lain, dia saja la yg diharapkan bos untuk menyiapkan itu dan ini, dia saja yg pandai buat , jd dia saja yg asyik disuruh bos. Oleh itu dia mengeluh kepada rakan2 bahawa dia dah tak larat, dia bnyak kerja, konon "balik2 aku, balik2 aku, x de orang lain ke nak buat"...chewahhhhh!!!! ayattttt!!!!!.....
Padahal disebaliknya dia berbangga bahawa dialah org yg boleh buat itu ini, begitu begini. Merasakan dia seorang sibuk berbanding rakan2 lain kerna dia duduk dlm lingkungan perspektif dirinya sendiri...perasan lebih. Dia tidak melihat dan tidak pernah melihat bahawa rakan2nya juga pnya kesibukan masing2 berlainan kerja dan tugas yg tidak dicanangkan melalui keluhan. Pada pandangannya, rakan2 yg x nampak di mata akan kesibukan dan tidak kedengaran keluhan adalah org yg tidak berapa sibuk berbanding dengan dirinya yg asyik mengeluh kerana banyak kerja. Seharusnya ini tidak berlaku. 
                  Sedarlah dan bukalah mata dan minda seluas-luasnya, wahai manusia2 yg sering dan suka mengeluh, PERCAYALAH disebalik setiap perkara yg kita keluhkan itu PASTI ADA SESUATU YG KITA BOLEH SYUKURI. 
Bersyukurlah dengan lebih banyak dan percayalah hidup kita akan lebih mudah dan keberkatan itu senantiasa selalu bersama kita, kerana dengan bersyukur, kita akan dapat melihat hal-hal yang selama ini mungkin luput dari pandangan kita kerana kita terlalu sibuk mengeluh.
IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI HANYA BERMATLAMATKAN NYA.

No comments:

Post a Comment