Wednesday, February 15, 2012

Periuk Nasi 2012

Sebaik saya melangkah masuk ke rumah tgah hari Isnin yg lalu, saya mendengar seolah-olah bunyi alarm jam yg panjang sayup2. Jengok trus ke dapur, x de plak yg mencurigakan. Jengok plak bahagian blakang rumah....tiba2 saya terpandangkan periuk nasi digital saya di atas lantai bhampiran pintu belakang rumah. Dan saya yakin bunyi alarm panjang tu dihasilkan oleh periuk tersebut. Anak dara saya yg dua org tu bg tau, yg periuk tu tetiba bnyi semasa depa nak masak nasi pg tadi. Oleh kerana dah mcm2 cara dah buat, bunyinya pn x hilang, so depa letak periuk tu kat tepi pintu. Takut meletup!!!

rice cooker yg berbunyi tu
            Ye lah barang2 skarang bukan bleh percaya sangat....macam2 boleh jadi. Rasanya periuk ni baru nak masuk 3 tahun penggunaan. Dah rosak. Sayangla jugak. Tp, kalu nak g hantar servis pn, selalunya barang2 letrik mcm periuk nasi, seterika, kipas, pengering rambut...kalau rosak, biasanya mesti juruteknik tu akan bg tau x berbaloi nak repair. Kos repair hmpir menyamai harga barang baru. Contoh kalau kita beli seterika dgn harga rm90.00....setahun lebih kmudian, tiba2 x mau panas. Plate rosak. Nak ganti plate pn dah rm50 -rm60. Baik beli baru. Kurang2 ada warranty setahun. Berbalik pada periuk nasi saya tu, sbb bunyinya masih berterusan......(sya dah ketuk2, dah bg flying kick ringan) pn mcm tu jgak, saya terus masukkan kedalam plastik sampah hitam. Bungkus baik punya, letak kat luar pagar rumah. Taklah sakit telinga. Esok lori sampah dtg kutip. Malam tu jugak saya ke Seng Heng, Gunung Rapat membeli periuk nasi baru......tadaaaa..... Pesen sama, jenama je lain.

rice cooker digital yang baru...CUN
        Saya baru tau yg Seng Heng ada promosi tambahan. Jika kita ahli, kita akan dapat less harga. Pastu tambah sikit dlm rm9 - rm15 (ikut jenis barang dan harga) jika masih dlm waranty, barang rosak....kita just hantar kat Seng Heng, they orang akan trus bg yg baru tanpa perlu tunggu barang kita di hantar utk repair.

kad ahli Seng Heng
             Tapi kalau kedekut nak tambah duit sikit, jika barang rosak, bila hantar repair paling tidak mau jugak sebulan baru siap. Sementara tu kenalah masak nasi atas gas, x pun beli periuk baru pulak. Offer Seng Heng tu pada saya, sangat2 ok. Tapi, jangan lah rosak hendaknya. Biarlah alah membeli, menang memakai.

No comments:

Post a Comment