Saturday, February 25, 2012

New Mum with 5 babies

1st time jadi mummy
Si Comel ni baru saja beranak malam tadi, 25 Februari. Pertama kali menjadi ibu dengan 5 ekor anak....Waaaahhh.....seronok betul tengok anak2 yang comel di keluar. Adventure. Ada yang tersepit kaki, tengah2 badan dan juga kepala kat jaring2 kandang. Jenuh jugak proses malam tadi mengeluarkan anak2 ni. Tapi bukan saya yang buat....semua Mod yang proses.
                        Lepas tu, kena asingkan ibu dan bapaknya. Sebab si bapak ni, mungkin, dan biasanya akan makan anak2 yang masih merah ni. Dan ibunya pulak, kalau dia x cukup makan juga akan makan anak2nya. Tapi dia akan pilih anak2 yang x cukup zat dulu. 

Comelkan? Ada yang geli? Saya pun....dulu. Skarang, x lagi.
Bila dah asingkan. Siapkan kotak kecil untuk halang anak2 ni dari terkeluar menerusi jaring2 kandang. Lapik kan jaring kandang dengan keratan kotak dan kain tuala. Kain tuala ni, bila kotor, saya buang je....hehehe. Ganti yang lain. Tapi biasala...babies ni tetap akan tergolek2 keluar nanti sebab depa ni aktif. Untuk mengelakkan dari di makan kucing, setiap kali arnab beranak, depa dapat 1st class macam nih.

Duk dalam rumah....kalau tergolek kluar pun, x pe...boleh kutip balik.
                    Dalam dua hari, badan depa akan ditumbuhi bulu. Seminggu lebih kemudian, baru depa bukak mata. Time tu dah macam arnab normal. Masa tu lah best main ngan arnab2 ni. Kalau lah babies ni x besar2...kan best. Sbb bila dah besar, dah x brapa seronok nak main. Nanti saya akan update pembesaran they orang. Moga semua akan survived.

No comments:

Post a Comment