Monday, March 5, 2012

Projek Malam

Ooooo....lamanya tak 'memegang' mesin jahit. Setakat menjahit seluar anak-anak yang koyak tu dah biasa. Taklah susah manapun. Dulu-dulu saya menjahit baju kurung sekolah, gaun, tudung anak-anak dan juga baju melayu ala-ala 'raihan' Mod.

mesin jahit yang dibeli oleh Mod ~ dah hampir 13 tahun

Tapi projek malam ni, nak menjahit sampin sekolah agama anak bujang yang berada di Tahun Empat. Badannya memanglah 'boleh tahan'....tu sebab tak ada saiz sampin siap untuk dibeli di pasaran. 

anak bujang saya....hehe.

So, minggu lepas saya membeli kain bidang 60" untuk dibuat 2 helai sampin. Pada asalnya, saya nak tempah aje untuk dijahit. Namun, setelah difikirkan, agak tak berbaloi....mungkin juga tak akan siap segera, so saya ambil keputusan untuk menjahit sendiri. Saya mula memotong dan menjahit dari jam 6 petang, berhenti sekejap untuk sembahyang maghrib, selesai lebih kurang jam 11 malam.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Kain, peniti, gunting tali pita , getah pinggang, kapur dan pembuka benang

Mengukur untuk lipatan di hadapan sampin

Lipatan digosok untuk lebih kemas

Memasukkan getah pinggang

Dijahit jelujur supaya lebih senang dan kemas bila dijahit menggunakan mesin

kapur digunakan untuk menanda lipatan bawah sampin

Menjahit kelim di bahagian bawah sampin
Menjahit bahagian pinggang sampin

Siap..........
Uiii..........SAKIT PINGGANG U...... tapi, siap 2 pasang sekali gus!!!

No comments:

Post a Comment