Thursday, March 22, 2012

Action Song Kelompok 10

Agak lama menyepi kerana kesibukan di sekolah (yang lebih-lebihnya) dan juga di rumah (perkara biasa). Seingat saya dah hampir lebih kurang 1 bulan sibuk membuat persediaan latihan pertandingan Action Song for Level 1 yang diadakan serentak, iaitu Karnival Bahasa di SJKC Padang Gajah, Bandar Seri Botani, Ipoh pada 21hb Mac 2012 yang lalu. 

                           Mana nak audition murid-murid yang berbakat, nak cari beberapa lagu yang sesuai, lepas tu nanti nak kena edit pulak lagu-lagu tu, nak ajar murid-murid ni menyanyi...mesti betulkan pronunciation dulu, baru rhythm nya plak. Pastu nak kena choreograph step dan formation....murid-murid pulak 15 orang tahun dua dan tiga, (4 lelaki dan 11 perempuan).....aduh......GAMAT dibuatnya. Pulak tu, budak2 skarang memang mulut tak mau diam. Bukan stakat mulut tak diam...tak mau duduk diam pun. Jenuh!!! Tekak pun sakit dan kering ngan bebudak ni.  Ini semua kerana rasa tanggungjawab, rasa sayang dan yang penting rasa SABAR.... 
                   
                         So, saya rasa jangan le ada yang gatal2 mulut kata kerja cikgu tu senang iye. Even semasa cuti sekolah bulan Mac yang lalu terpaksa dikorbankan. Nasib baik ibu bapa masih memberi kerjasama yang baik menghantar anak2 mereka untuk berlatih. Dan nasib baik juga, Mod tak komen apa2. (kat dlm hati saya tak tau la). Kalau Mod pun 'bising'...entahla, lagila saya stress. 4 hari dalam cuti anak2 murid datang berlatih, walaupun saya sakit juga hati sebab ada 2,3 orang yang x datang menyebabkan latihan agak terganggu.


Sebahagian yang datang....4 orang hilang....huhu


Time cuti ni jugaklah nak gi cari kain untuk tempahan baju budak2 ni. Kebetulan, pasukan action song sekolah mendapat peruntukan dari En Alex (bekas adun spg pulai) atas usaha setiausaha PIBG sekolah, En S.Samprizal.  Macam lipas kudung saya dan Aida ke Nagoya mencari kain, ukur dan hantar kain2 tu ke kedai jahit. Tempoh untuk menjahit ada hanya dalam 6 hari....(kejamnya rasa)  Nasib baiklah si tukang jahit ok.
                               Isnin, hari pertama sekolah selepas bercuti, lagi sibuk.  Mana latihan nak digandakan, diperkemaskan, rehearsal penuh dan macam masalah kecil yang perlu diselesaikan. Rabu, hari pertandingan, pepagi lagi, guru2 pelatih membantu menggosok baju2 dan seluar2 anak2 murid ni dan juga membantu menyiapkan aksesori. Ada juga yang kena tlg relief kelas saya...terima kasih ye adik2. Tengah hari pulak, selesai saja anak2 murid ni makan, mandi, sembahyang...mula menyiapkan mereka. Dari pakai baju, aksesori hinggalah touch up muka yang dibantu oleh Pn Salmah dan guru2 pelatih. Saya pulak dah berpeluh-peluh, balik ke rumah untuk mandi dan sembahyang..... terpaksa suruh anak2 dara saya mengambil anak2 murid untuk dihantar ke SJKC Padang Gajah.

                                  Dipendekkan cerita.....pasukan action song sekolah saya mendapat tempat ke dua. Dan yang lebih 'teruja'...dapat mewakili sekolah ke peringkat daerah....suka, suka.....huuwaaaaa......kerja tak habis lagiiiiii.........Tapi yang paling tidak menyenangkan saya ialah peraturan baru yang tidak diwar warkan kepada semua sekolah yang mengambil bahagian. Saya bagai nak rak melatih murid seramai 15 orang. Peraturan baru : 5 to 15 pupils and year three only. Masa pulak, kalau dulu 8 to 10 minutes, now up to 8 minutes.  Kalau saya tahu dari awal, x lah susah2 saya nak kendalikan hingga 15 orang.  Dah la tu, saya latih murid tahun 2 dan 3. Skarang, untuk wakil ke daerah, hanya murid tahun 3 sahaja.  Maknanya, saya hanya ada 8 orang murid tahun 3.....dan saya perlu ubah semua step dan formasi.  Sabar aje laa......nasib budak2 ni comel2 buat penyejuk hati.








Bersama  pasukan action song sekolah, Pn Norhaida (kiri sekali dan guru2 pelatih.
Lain kali jangan buh  tajuk : Action Song For Level One....buh aje :
"ACTION SONG FOR YEAR THREE ONLY"

No comments:

Post a Comment