Friday, April 13, 2012

Gara-gara Program Sekolah Penyayang

                     Ni satu lagi....program yang disuruh guru2 melaksanakan di sekolah. Macam2....siap mesti ada pelancaran lagi. Kebanyakan sekolah mungkin dah buat roket pelancar....manakala sekolah saya hari Isnin ni baru nak buh tapak pelancar.
Tokeh Program ni ialah sahabat saya, Pn Salmah (selepas ni akan guna nama Salomah aje...hehe). Perancang gimik (tak gimik dah pun sbb saya nak bocorkan kat sini) ialah Noordina (Dinasor) dan saya sendiri. Ni la hasil perancangan kita orang. Last2 sume bawa balik ke rumah saya.

Ni kojo den lopeh maghrib tadi.....menggergaji batang kayu
Ini plastesin Salomah beli....1 Malaysia nampak gaya warnanya

Sempena nama Salomah

Letakkan kayu yang dah dipotong, sendalkan ngan plastesin yang tak brapa cukup tu
tutup plastesin ngan batu2 agak sedang

tambah atasnya ngan batu2 kecil....ni nak buat invoice batuan plak

lekatkan papan pada batang tadi

lekatkan pulak LOVE pada tiang atas papan tadi

Siap dah pelancar hari Isnin ni
                   Puan Salomah, saya dah tak ada idea dah ni macam mana nak menampal wording2 tu.....letih dan ngantuk. Esok nak g TUDM pulak.....open karnival, bawa anak2. 
Hrmmm...keje2 camni pun cek e gu la jugakkkkk...!!!!

Sibuk...sibuk...sibuk.....menyebuk dan si penyebuk

                    Tak tahu la nak cerita bagaimana sibuknya cecikgu di sekolah. Memasing ada tugas yang perlu diselesaikan mengikut dateline, tak ikut dateline pun kena settle kan jugak yang dah jadi rutin harian macam buku rekod, buku kedatangan, buku latihan murid, buku aktiviti dll. Kemudian ditambah pulak ngan kerja2 yg memerlukan pembuangan dan pembaziran kertas, kerja2 online, kerja2 pengkeranian dan bermacam lagi. Bagi guru2 yang memegang jawatan2 khas mcm Guru Penyelaras Media, Guru Data, Guru Penyelaras Bestari (saya la tu), Guru Bimbingan & Kaunseling yang jawatannya di wartakan, walaupun masa mengajar sedikit.....dan tempat kerja pulak, biasanya ada bilik2 khas, maka bertambah lagilah kerjanya. Orang lain mungkin tak nampak dan tak tahu atau buat2 tak nampak dan tak mo ambik tahu, perkara yang pertama yang orang akan kata ialah :

MASA MENGAJAR SIKIT, SO MESTI LEBIH REHAT.

                     Walau tak semua yang mengata atau istilah lebih tepat mengumpat, sedikit sebanyak terangguk juga bila ada yang memulakan ceritera. Yang diluar sekolah pastinya memang tak tahu. Yang di dalam persekitaran sekolah, pastinya tahu. Dan biasanya guru2 yang memegang jawatan khas nilah ada XTRAvaganza tugas yang kadang2 tah apa2 yang menyebabkan rakan2 kita naik hangin bila kita kena melaksanakan sesuatu projek yang di arahkan oleh Kementerian Pelajaran. Agaknya orang2 atasan merasakan cecikgu ni berehat rehat aje kut. Sampai satu masa dan tahap, saya sebagai salah seorang guru yang memegang jawatan2 khas ni pun nak jugak sama NAIK HANGIN. Mana taknya, komputer2 udahlah meragam, bila dilapor ke STS, kadang2 laporan kita pun didelete. Tetiba je hilang. Pelupusan dah buat, penggantian dah dilanggar GARUDA.....oooohhhh sakitnya hati. Tak faham, nakkan semua warga sekolah memaksimakan penggunaan ICT, tapi komputer dah melangkau ke usia 8 tahun, patut dah dapat timebase kan???? 

                   Belum lagi nak meng update laman web, nak kena soal selidik pulak cari bahan untuk dimuatnaik. Selalunya memang tak pernah dok diam pun, kalau dok diam depan laptop, jari menari, otak memikir ayat yang elok untuk dipaparkan di laman web, belum masuk bab pengisian data online, laporan ICTL, lapor sana lapor sini.

                            Kadang2 rasa masa tak cukup. Mana taknya selain dari kerja2 berkaitan ICT, skarang ni dok melatih budak2 untuk pertandingan Action Song peringkat Daerah. Hari2 balik lambat, Jumaat pulak, datang ke sekolah semula dari jam 3 hingga 5 ptg. Itu pun memang minta jasa baik kengkawan untuk saya meng excuse kan diri untuk kokurikulum. Nak marah, nak cakap kat belakang pun, saya dah tak kisah....saya pun letih jugak pagi petang pagi petang. Tak buat macam tu, saya pun ada gak maruah, tak mahulah bila latih ala-ala kadar yg hasilnya tentulah jugak ala2 kadar....akan mengakibatkan budak2 saya pulak malu di atas pentas. Orang pun tentu akan terus bertanya siapakah gerangan guru yang melatih budak2 tu? Haddoiii.

                            Bila tenaga dah dikerah di sekolah, yang di rumah menjadi mangsa. Bukan tak rasa di hati, suami dan anak2 terabai....sbb sibuk ngan kerja2 sekolah yang tak habis dan bertambah tambah. Wlaupun MOD tak kata apa2, tapi dari air muka nya pun saya tahu dia tak berapa suka, cumanya Mod tak kata apa2.....dan nak buat camana.......nak bersara awal, tak mampu pulak.....mengharapkan selepas selesai pertandingan nanti, saya taklah sesibuk sekarang. Juga sangat mengharapkan Mod cuba dan dapat memahami kesibukan saya dan dapat membantu saya di rumah. Sebenarnya bila keadaan seperti ini berlaku, saya la yang sebenarnya yang lebih cepat berkecil hati terutamanya bila saya rasa saya kurang dihargai oleh insan tersayang...??? PULAK.......