Friday, February 17, 2012

Tawaran Belajar

Lepas Jumaat tadi, saya keluar dgn anak, Adhwani mencari bahan-bahan untuk buat kek. Sekembali ke rumah dalam jam 6 ptg, tiba-tiba Mod bertanya, "Awak minta sambung belajar ke? Ada surat tawaran sampai" Tengok air muka Mod pun suram je. Saya diam sebentar tanpa menjawab, saya bertanya, "mana suratnya...dan dari universiti mana?". Mod x pasti dari universiti mana, tp suratnya ada di bilik. Lalu saya terangkan kedudukan sebenar pd Mod, dan saya pasti hatinya berbunga lega bila tau kedudukan sebenar. Saya terus ke bilik. Tertera di sampul dari MSU Management & Science University.





               
                             
                                    Wah......betapa mudahnya saya masuk ke Universiti dalam usia hampir 43 tahun ni. Tak perlu beli ID, tak perlu memohon online. Tiba-tiba di tawarkan belajar. Tau aje pulak universiti ni alamat penuh tempat tinggal saya.

                              Saya belek-belek dan baca aje la offer letter ni. Tarikh daftar pn dah hampir benar. 28 Februari. Kat bahagian belakang surat ni ada disertakan lampiran yuran pengajian selama 4 tahun.




                               Untuk 4 tahun, jumlah yuran yg tertera ialah sebanyak RM26,010.00.....pada saya ianya satu jumlah yg banyak. Kalu saya kumpul atau simpan sendiri selama 4 tahun pun, akaun simpanan saya tak akan dapat mencecah jumlah seperti itu. Saya tau niat KPM baik, nak kan semua guru berkelulusan ijazah. Tapi, bukan semua guru minat atau berkemampuan untuk belajar lagi, juga berkemampuan dari segi kewangan. Pada pendapat saya (ingat, ini pendapat saya...sbb ini blog saya) tak perlulah pihak KPM dan Unversiti-universiti yang ada link ngan KPM ni membazir masa, tenaga, kertas, wang ringgit menghantar surat tawaran ni. Guru-guru yang berminat, pasti akan berkobar-kobar memohon tanpa disuruh. Dan saya pasti, ada di kalangan guru yang mendapat surat tawaran ini akan rasa susah hati, tertekan, takut dan gusar jika tidak menerima tawaran ini. Mau tak mau guru-guru ini dengan rasa paksarela akan menerima tawaran (dah la tawaran dibuat dalam jangkamasa singkat) dan akan mendaftar. Jika guru-guru ini gagal beberapa subjek, dah tentu akan mengulang pulak....tambah lagi $$$$$. Lama-lama mencecah RM30,000.00.  Dalam soal ini, (tawaran yang tiba-tiba) saya tak pasti adakah "udang disebalik mee"

                               Dapat ijazah je, reposting plak. Silap-silap jauh dari sekolah dan rumah lama. Lagi dasyat kalau tercampak ke negeri lain. Dalam usia-usia macam saya ni, macam-macam komitmen ada, nak bayar rumah, kereta...anak-anak sekolah, gitu gini. Kalau saya teruskan belajar, dapat ijazah...saya akan menanggung pulak hutang pembelajaran. Hidup pun jadi tak keruan, asyik nak settle kan hutang tak habis-habis. Bagi saya, sejak saya berkahwin dan berkeluarga, kami suami isterilah yang mentadbir keluarga. Tak ada langsung bantuan dari ibu bapa saya atau mentua (kedua-dua memang dah meninggal sebelum saya kawin dengan Mod lagi) untuk membantu menjaga anak-anak saya. Dan Mod pulak, bukannya seorang suami yang very supportif jika saya nak sambung belajar. Jadinya jika saya ada hajat, malah terdetik pun nak sambung belajar, ghentikan lah. Nanti, suami ke mana, anak-anak tunggang langgang. Ini adalah masa untuk anak-anak saya belajar, menimba ilmu dunia dan akhirat. Dan kamilah yang akan dipertanggungjawabkan nanti kemudian.
                                 Kepada rakan-rakan guru yang nak sambung belajar dalam usia-usia seperti saya ni, teruskan lah kalau mampu. Saya terus terang kata, saya memang tak mampu. Saya hanya meluahkan pendapat dan apa yang saya rasa. Tepuk dada, tanyalah kemampuan....sesekali tepuklah "poket" jugak.

No comments:

Post a Comment