Friday, January 28, 2011

Masa itu EMAS

Lama betul rasanya saya x menjengah blog. Sibuk ngan blog & FB niaga, urusan kerja dan macam-macam lagi.....Selalu rasa x cukup masa 24 jam yang Allah beri. Sibuk dengan urusan dunia yang x habis-habis.

For the rest of my life....
Akhirnya dapat juga 'update' blog sendiri. Inilah buah tangan dan hadiah buat suami sempena ulangtahun perkahwinan kami nanti pada 1hb Februari 2011 ini. Genap 19 tahun usia perkahwinan kami. Moga Allah tetapkan iman dan merahmati kami sekeluarga. Semoga cinta dan kasih sayang kami kekal hingga ke akhir hayat....walau apa pun yang berlaku, ujian yang telah kami lalui akan lebih membuatkan kami lebih memahami, menyedari dan yang lebih penting, menghargai bahawa itulah insan yang telah dikurniakan oleh Allah untuk kita berkongsi segala rasa suka duka juga susah dan senang bersama....
Untuk suami tersayang, terima kasih  kerana sabar melayani kami sekeluarga.....
Terima kasih Ya Allah, kau hadirkan insan yang amat istimewa dalam hidup ini.

No comments:

Post a Comment