Monday, February 28, 2011

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…

INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!

          Syarat utama bagi kejayaan dalam sesuatu komunikasi (perhubungan) ialah kepercayaan. Yang dimaksudkan dengan kepercayaan dalam perhubungan ialah rasa percaya seseorang terhadap orang yang dihubungi – jika perhubungan itu keluar. Atau kepercayaan seseorang terhadap dirinya sendiri – jika perhubungan itu ke dalam diri sendiri.
          Sekiranya kepercayaan seseorang itu tinggi terhadap dirinya sendiri, maka ia akan berjaya dalam komunikasi dengan dirinya sendiri.  Sebaliknya, jika kepercayaan seseorang sudah terjejas, apalagi jika sudah pupus, maka sukarlah komunikasi berlaku samada secara dalaman atau luaran.
          Komunikasi dalaman, sangat berkait dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Sedangkan komunikasi luaran berkait dengan kepercayaan terhadap orang lain. Kita akan gagal berkomunikasi dengan diri sendiri jika kepercayaan terhadap diri sendiri menjadi lemah. Dan begitu juga, kita akan gagal berkomunikasi dengan orang lain jika kita tidak ada sifat saling percaya-mempercayai. 
          Sikap tidak mempercayaai diri sendiri adalah lebih merosakkan kita daripada sikap tidak mempercayai orang lain. Orang yang tidak percaya akan kemampuan, kebolehan dan kelebihan dirinya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, kita mestilah selalu mempertingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri, untuk membolehkan kita melakukan ‘self motivated’. Dan salah satu cara untuk ‘self motivated’ ialah dengan melakukan komunikasi dalaman.
          Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu memperkatakan tentang bagaimana seseorang dapat  membantu seseorang yang lain melalui perantaraan komunikasi. Tetapi jarang kita mendengar seseorang membantu dirinya sendiri melalui perantaraan komunikasi. Apakah kita perlu bercakap-cakap dengan diri sendiri? Apakah ini gila namanya? Kalau boleh, bagaimana? Bagaimanakah yang dikatakan kita sedang berkomunikasi dengan diri sendiri?
          Antara dua bahagian komunikasi ini, komunikasi dalaman mempunyai  kesan yang besar pada manusia. Sayangnya, ia selalu diabaikan dan dipinggirkan berbanding komunikasi luaran. Tidak seperti komunikasi luaran yang kerap dititik-beratkan, dijaga dan dipelajari, komunikasi dalaman kekadang tidak dipedulikan lansung, apalagi hendak dipertingkatkan Manusia kerap kali mementingkan hubungannya dengan manusia lain, tanpa menyedari bahawa dia juga amat perlu untuk berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan komunikasi ke dalam diri.
          Kemahiran berkomunikasi dalaman inilah yang boleh menentukan kemampuan seseorang memilih responnya. Jika kemampuannya tinggi, maka semakin berkuasalah seseorang dalam memilih tindakannya dan semakin berjayalah ia dalam hidupnya.
          Banyak faktor yang menentukan kemampuan atau tahap komunikasi dalaman. Antaranya yang paling utama ialah faktor keyakinan. Keyakinan mempunyai kesan yang sangat besar kepada pancaindera yang lima bila berdepan dengan respon. Siapa yang mempunyain keyakinan yang kuat, maka pancainderanya juga akan kuat untuk mentafsirkan, merasai dan memberi gambaran yang positif terhadap respon yang dihadapinya.
          Keyakinan pula dibentuk oleh ibu-bapa, suasana, kawan, guru dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup. Jika keyakinan kita positif, maka positif jugalah komunikasi dalaman yang berlaku ke dalam diri kita. Orang yang mempunyai keyakinan yang kuat dan positif, akan menjadi seorang yang rajin, positif dan optimis. Sebaliknya, jika keyakinan seseorang lemah, maka seseorang akan menjadi malas, negatif dan pesimis.
          Faktor kedua ialah percakapan terahadap diri sendiri. Percayakah kita bahawa dalam sehari kita lebih banyak bercakap dengan diri sendiri berbanding  bercakap dengan orang lain. Malangnya, 70% percakapan terhadap diri sendiri ini adalah negatif. Untuk berjaya, percakapan yang negatif ini mesti ditukar kepada yang positif. Jika tidak, kita akan melakukan sabotaj terhadap diri sendiri. ”Aku tidak boleh” mesti ditukar kepada ”aku boleh.”
          Jadi, semaklah apa yang kita selalu katakan kepada diri sendiri… Apakah negatif atau positf? Jangan biarkan kita menjadi musuh terhadap diri sendiri dengan komunikasi yang menyebabkan kita ’gagal’ sebelum gagal!

Wednesday, February 23, 2011

WAD 2038

Anakanda yang ke dua iaitu Raidatul Adhwani telah di masukkan ke hospital Pantai Puteri untuk menjalani pembedahan kecil utk membuang cyst yang terdpt pada bibir sebelah dalam.

 Pembedahan cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam termasuk procedures.
Alhamdulillah, dibenarkan keluar lewat petang pada hari yang sama.

BZ like a BEE

      Alamak....BZnya x terkata. Minggu sbelum, sibuk ngan latihan sukan. Minggu lepas plak, sukaneka Thp 1, Ahad, sukan tahunan plak... X cuti plak tu hari Isnin....huhu. Penat, memang penat, semua org penat.  Rasa mcm x cukup rehat. This week plak...ehem, ehem.......try tido awal 2, 3 hari. Tp biasa la........letak kpala je, slalunya memang lena. Letak jek, lena......tu anugerah Allah bagi tu. Bukan semua org leh dapat.
           Hujung minggu ni plak ada Khemah Ibadah Thn 6 di Pusat Rakan Muda, Kampar. Anak bujang yg tahun 6 terlibat.......saya kena tidur the 1st nite........tp x kesah, sume 'geng'. So janji jumaat malam nak g isi perut kat restoran or kedai or apa2 ajelah........berkaitan ngan ROTI. Hrmm.......ni, my FAV. 1st tme nak g ni...janji ada sorang 'sahabat' ni nak bawak kita orang. Katanya siap ada roti twin tower lagi. Kalu sedap, nxt tme mesti bawa famili g..... G ramai2 ngan sahabat2 mesti best........ye la, lama x kluar makan2 ngan sahabat2. Mesti havoc nyer ngan mcm2 criter dan ragam.
Ops lupa nak g tau, on Wednsday, PENGARAH, Jab Pel Neg Perak singgah ke skolah lawat kita orang....so, saya antara yang 'bertuah' sbb Tuan Pengarah sudi (sbenarnya dia minta) tengok buku rekod yang sparuh siap.......kakakaka. Apa2 pun sbb saya ni memang maintain senyum dan cun slalu, (prasan lebih) bila Tuan Pengarah tengok saya je, dah tentu 'sejuuukkk' hati dia.........then bila tengok buku rekod, buka je buku terpampang gambar besar 'love Rasulullah' yang saya lukis sndiri smpena Maulidur Rasul.......pastu Tuan Pengarah dengan senang hati, belek2 buku rekod saya yang cantik (memang betul pun...x kisah la kalu nak kata prasan pun), siap ada border bunga handmade lagi.......smpai buku rekod yang sparuh siap pun tuan pengarah x tanya. Apa yang saya dpt ialah : ........jeng, jeng, jeng......his SIGNATURE !!!  Alhamdulillah....bulat mata BOSS saya (sori bos)....lngsung saya terlupa nak hulur buku pelawat bilik akses utk di tandatangani. (Nanti saya scan and copy paste kat buku pelawat...huhu). Bukti niihhh
Taaraaa...........

.

Sunday, February 6, 2011

Diam-diam berisi....

Salam dan bertemu kembali...
Agak lama tidak memahatkan tulisan di blog. Recently memang sibuk dan menyibukkan diri. Am working on my paper work....proposal yang nak di hantar. Kemana...? Biar dulu. Biar semuanya menjadi kenyataan. Sangat2 berharap impian menjadi kenyataan. Kalu boleh x nak susah2 lagi.....a year dah cukup. Now masa untuk bangkit. 2011, mengharapkan sinar kebahagiaan. Caiyok caiyok....