Tuesday, December 27, 2011

SEARCHING FOR NEW SKIN PRODUCT

Sudah hampir lebih kurang 2 tahun saya pengguna setia CLINIQUE. Sudah sampai masanya saya btukar kepada produk skin care yang lain. Rasanya kulit muka saya ni dah imun.....macam tu je...bukanlah saya harapkan muka licin macam selepas pembedahan plastik atau lepas rawatan laser (kalau boleh, semua orang pn nak kan......hehe...yg kata x nak tu mesti malu2 kucing). Masa mula2 saya guna produk Clinique, kulit saya memang sedang meragam. Kawan saya syorkan saya mencuba. Buat permulaan, saya beli 1 set mengandungi 3 produk, iaitu cleanser, toner & moisturiser. Itu pn dah hmpir mencecah rm 250. Tp ada lah a few free samples yang diberi macam krim mata & lotion for men.
Ni dia....up to rm250.....tp berbaloi


Balik ke rumah, malam tu jugak saya cuba memandangkan kulit bahagian pipi dan dagu dah mengelupas teruk. Jenuh nak cover ngan foundation. Keesokan hari nya bila bangun dari tidur, saya lihat, bahagian yang mengelupas tu dah hampir2 ok. Sejak tu saya trus menjadi pengguna setia. Selain tu, saya ada juga membeli serum pore minimizer. Huh....lagi mahal.

Ni aje dah rm160, kalu saya x silap....sya guna serum ni lbih kurang 2 bulan....sakit gak poket bila nak kena beli lgi.... Oleh itu, setelah sekian lama saya menggunakan produk Clinique ni, saya nak cuba pulak produk baru. Memandangkan kukit saya adalah jenis kombinasi sensitif, saya mesti lebih bhati-hati supaya kukit muka saya x meragam. Lambakan produk2 tempatan memang banyak. Kita kenalah pandai memilih produk yang baik, halal, berkualiti dan yg paling penting mesti ada kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan. Saya bukanlah nk memperkecil-kecilkan produk keluaran tempatan.....tp apa yang saya nak bagi tahu ni adalah kenyataan, kerana saya pernah menghadiri kursus anjuran SIRIM, dimana jika kita berduit, kita boleh beli & jadikan produk itu produk kita dgn hnya tukar label, pembungkusan, tambah perisa atau pewangi utk perbezaan juga menambah bahan ekstrak lain supaya produk kita lain walaupun dari bahan mentah yg sama. Produk tempatan yang macam ni dinamakan non ekslusif. Maknanya, bahan mentah yg sama boleh dibeli oleh pengusaha2 kosmetik....mungkin dihadkan dalam 10 pengusaha, contohnya. Manakala bahan mentah yang dipaten khas utk seorang pengusaha saja, dinamakan ekskusif...dan bayarannya juga lebih mahal kerana dia diberikan hak milik. Maknanya tiada pengusaha lain boleh membeli atau meniru paten yang dia dah bayar. Contoh macam Sendayu Tinggi. Saya x pasti korang faham ke dak apa yg saya cuba sampaikan. Maksud saya...cubalah tengok lambakan produk2 tempatan yang ada, teliti dan akan nampak kesamaan antara satu sama lain walaupun jenama berbeza. Berhati2lah ye.

No comments:

Post a Comment