Sunday, January 22, 2012

KPJ Ipoh - 1st day, 21 Januari 2012

Sabtu, 21hb saya admitted skali lg kerana sakit yg sama, Cervical Spondylosis....tetapi di hospital, doktor dan kaedah yg berbeza. Sebenarnya pd bulan September 2011 yg lalu semasa sya menjalani rawatan di hospital pakar komuniti, Ipoh....saya agak x berpuas hati dgn doktor yg attend saya termasuk semasa dan rawatan susulan selepas itu. Charge yg dikenakan mahal, rasa x padan dgn ubat dan konsultasi yg diberikan. Saya hnya pergi sekali sahaja rawatan susulan, selepas itu...sya tanggung ajelah sakitnya. Memang ada berkurangan, tapi x banyak mana pun. Last2 sakit dtg balik. Just b4 saya ke hospital KPJ Ipoh hari sabtu tu, saya dah memang x boleh angkat dan menggunakan tangan kanan saya. Memasak pn Mod dah ambik alih. Hatta nak bawa handbag di bahu pun dah terlalu sakit. Atas nasihat wakil insuran saya, En Hilmi (yg telah pun membuat temujanji dengan Dr Hasral di KPJ Ipoh).... pagi sabtu tu sya pun pergi ke hospital, seorang diri. En suami plak bawa anak yg kedua hal driving school dia. Sampai di sana, tetiba aje Dr Hasral memberitahu bahawa saya kena admitted waktu tu juga. Dah lah sehelai sepinggang...tp sbb sakit dan nak baik, sya ikutkan aje.


                   Dari klinik dr Hasral, saya dihantar untuk ambik darah....hrmm, lately ni, kerap betul saya sengaja menderma darah. Dahlah darah saya ni jenis kedekut. Kalau selalu orang ambik darah mesti camni :
tp saya...JARANG sangat dapat. Urat besar saya sume menyorok.  Hanya yang benar2 terer je  dapat.
Tu sebab slalunya saya terus suruh nurse ambik kat belakang telapak tangan. Walaupun agak sakit sikit, tp biasanya, sekali cucuk dah dapat. Tapi biasa la, saya bukan nurse...so nurse ni nak tunjuk terer gak. Last2, saya jugak yang sakit...si nurse ni dok try2, dok tarik cucuk....waaaa!!!! nak nangissss!!!!! Akhirnya ambik gak tempat yang saya suruh....kalu dari mula ambik kat situ, kan senang, saya x sakit dan x buang masa.
skarang, lengan lebam, kat sini pun lebam.
Gambar kat atas tu bukan tangan saya pun.......x kan saya se terer tu kan, ambik gambar guna sebelah tangan. Selepas tu hantar specimen "air teh" pulak. Dari situ saya di tunjukkan wad, bilik 727. Dari wad, saya dihantar pergi buat ujian saraf plak.
buat test ni, sakit pn ada gak. (pun bukan saya ~ gambar hiasan)
Selesai ujian saraf, result pun terus dapat tau. Doktor Zakaria, pakar saraf kata everything normal. Lega satu bab.
Dari situ terus buat MRI plak. Dengar criter kakak ipar saya, nanti bila masuk dalam terowong tu, rasa mcam nak lemas, nak muntah pun ada....risau la jugak. Sampai di unit MRI, siap salin baju, saya di suruh berbaring, diberi alat amaran jika berlaku apa2 di dalam, maknanya memang ada yang pernah berlaku "apa2" kat dalam tu.....huhuhu, Then, pembantu tu siap selimutkan saya, bagi earphone untuk dengar lagu sbb katanya bunyi agak bising dalam terowong esp bila kena tempat kita sakit tu. Lagipun saya akan berada dalam terowong tu lebih kurang setengah jam. Lama gak tu.
nin diaa.......terowong
Mula sya masuk aje, sya terus pejamkan mata dan baca fatihah lah, ayat kursi lah..... Ada juga saya intai dan buka mata sikit, tapi memandangkan saya takut saya pening or sakit kepala yang akan menyebabkan saya muntah sia2, baiklah saya pejamkan mata saya. Lagu pun dah start pasang. Sedap pulak tu. Seingat saya hanya dua lagu saja saya dengar, tu pun x abis...bunyi bising tu pun sayup2 saya dengar. Yang saya tau, selepas setengah jam, ada orang pegang bahu saya dan kata, "kak, dah sudah dah kak".....lawak, lawak....saya boleh tido kat dalam terowong tu. Ok per.
             Selesai MRI, saya balik ke bilik 727. Minta excuse balik jap sbb nak ambik kelengkapan dok hotel sebab datang tadi lenggang lenggang kangkung.

2 comments:

  1. salam sis. akhirnya mcm mana rawatan sis dgn spondilosys ni.... apa option yg ada ye?

    ReplyDelete
  2. wsalam nj.hafez. Mohon maaf bnyak2...lama dah tinggalkan blog ni, x berkesempatan nak menulis.
    Stakat ni, saya masih bertahan...jika sakit, makanla ubat tahan sakit mcm neurontin dn sewaktu dgnnya.
    Spatutnya, last year dah kena repeat MRI balik nk tngok keadaan tulang. Tp x dan2 juga nk masuk spital.
    nj.hafez pn sakit yg samakah? If nk berkongsi pengalaman, email terus ke azahnaim@yahoo.com

    ReplyDelete