Wednesday, September 28, 2011

Fisioterapi


Gelang saya

Pg tadi selepas sarapan, saya menunggu untuk sesi fisioterapi....lamanya tunggu, tunggu pnya tunggu, lebih kurang jam 12 tengahari barulah saya ke bilik fisio untuk rawatan selanjutnya. Di sana, rawatan yang mereka lakukan adalah meletakkan 'hot pad' di bahagian belakang saya lebih kurang 10 minit. Kemudian, sejenis gel di sapukan ke bahagian yang sakit untuk melembutkan urat saraf menggunakan mesin. Selepas itu, sesi urutan. Selesai.
Itu adalah rawatan untuk sesi 1. Manakala sebelah petang pula, rawatan yang sama dilakukan, tetapi ada tambahan rawatan untuk tengkuk dimana saya diminta berbaring sambil tengkuk diletakkan di atas sebuah mesin bagi memegang bahagian tengkuk saya. Fungsi mesin ini adalah untuk menarik tengkuk saya bagi membetulkan kedudukan tulang selama 15 minit.
Tengahari tadi, kak Salmah dtg menjengok saya di hospital sambil membawa 'buah mulut'...hahaha, Nin diaaa.....
2 bungkus kuaci, kacang parang dan twister (my fav)
Thank you kak Sal.....
Petangnya pula Shikin sampai, kami berborak hingga ke maghrib sebelum anaknya menjemput. Thanks Shikin for your support. And thank you juga pada sahabat2 dan kawan2 yang turut sama menyokong dan mendoakan saya.

No comments:

Post a Comment