Thursday, September 29, 2011

Discharge

Jumaat, 30 September 2011
Sudah 4 hari 3 malam saya di Perak Community Specialist Hospital....hari ni saya dibenarkan keluar hospital, mungkin tengah hari nanti. Saya ada 1 lagi sesi fisio dan sedang menanti untuk di panggil dan di bawa ke sana. Selepas ni, saya dinasihatkan supaya tidak menggunakan tangan saya untuk mengangkat benda2 yang berat. Nampak gaya nya terhapuslah niat saya nk mengalih alih perabot di rumah saya....apa lagi di sekolah. 
Di sekolah, kami baru saja menerima 20 buah PC sumbangan dari Syarikat KRG Solution di bawah K-Perak. Terpaksalah minta bantuan anak2 murid nanti untuk mengangkat atau mengalihkan pc2 ni utk susun atur nanti. Boleh ke saya tahan diri saya dari semua ni.....hrmm, harap2 begitulah. Sebab dah biasa buat kerja angkat mengangkat nih.
Saya rasa ..... wlaupun dah jalani 4 kali rawatan fisio, actually....not much difference pun. The pain still there....dok kat blakang tu, and this morning...lebih terasa ke bahagian depan dada sblah kanan. Tarik nafas pn terasa. Macam biasa, saya gagahi juga....orang memang x nampak saya sakit, x nampak saya susah hati, x tau apa yang saya rasa.....sbb saya ni.........jenis happy go lucky jer.  
Kepada yang 'x nampak' tu memang terkejut bila saya masuk hospital. Yg saya ni, dah bertahun menanggung sakit sendiri...menangis pun sendiri2 gak........huk huk huk. Ni lah kehidupan.
Owh lupa....kepada sahabat2 yang datang melawat, yg ambil berat (walaupun x dtg melawat dgn apa pun sbbnya....jauh, x dan, bnyak urusan dsbnya....hehe, jgn ambik hati pulak), yg dok tnya kat FB, kat YM, yg call, yg msg.....tu terima kasih bebanyak. Tak lupa kepada kengkawan yang tolong gantikan kelas di skolah pun terima kasih gak. Hanya Allah yang membalas jasa baik semua.

No comments:

Post a Comment