Saturday, September 24, 2011

Hari Raya & Open House

Ucapan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali kami sekeluarga.

Tahun 2011 ni, kami menyambut hari raya pertama di rumah ibu saya di Gopeng seusai kami bersembahyang sunat raya di Surau Taman Song Chon. Tahun ni, kami x sempat nak ziarah rumah kawan2 kerana kami terpaksa bergegas pulang ke rumah sbelah tengaharinya kerana kami akan pulang ke kampung Mod di Kupang, Kedah. 

Jam 4 petang, kami sekeluarga berkonvoi dengan keluarga kakak sebelah Mod memulakan perjalanan. Anak2 hepi x kira...lama jugak kami x balik kg. Kami singgah di Grik utk sembahyang asar dan tiba di Kg Landak, Kupang lebih kurang jam 6.30 petang.
Sebelah malam nya, apa lagi, anak2 berkumpul main mercun dan bunga api. Gegak gempita sekejap malam tu...skali setahun. Stakat ni dah ada 4 keluarga berkumpul. Esoknya plak, kami brsama-sama bergotong royong menyembelih dan melapah kambing, siang dan membersihkan ikan, ayam, sotong dan udang untuk BBQ malam nanti. Sebelah petangnya dah ada 7 keluarga besar.
Malangnya saya pening plak petang tu membawa ke malam. Tak dapat saya join keseronokan ber BBQ. Dah tengah malam baru saya dapat gagahi bangun. Nasib baik keesokkan paginya, selepas saya 'membuang' apa yang x perlu dari tubuh saya....baru saya rasa ringan dan ok.
Slepas srapan, dlm pukul 10 kami semua bertolak balik ke destinasi masing2.

No comments:

Post a Comment