Tuesday, September 20, 2011

Sepi sesepi nya.....

Lama nya saya tak menjengah blog ni. Entahlah kenapa. Everything seems 'hilang' tah kemana. Mungkin sibuk, mungkin saya x de mood, mungkin saya x de tumpuan....tp yang pasti saya dilanda musibah atau lebih tepat lagi dugaan yang maha dasyat dalam hidup saya. Saya x dapat details kan disini, tp saya sangat menghargai dugaan yang diberi, kerana jika dugaan itu tidak datang, mungkin terjadi sesuatu yang lebih dasyat lagi.
Mungkin saya terleka, lalai dari mengingatiNYA lalu kerana DIA sayangkan saya, lalu memperingatkan saya supaya saya sedar dari lena yang panjang, bangkit mengingatiNYA dengan lebih lagi. Sesungguhnya dugaan itu pada mulanya menjadikan saya kuat, tetapi hampir tersungkur dipertengahannya. Hanya saya seorang yang melaluinya memahami apa yang sebenarnya berlaku pada diri saya. Sokongan keluarga, SAHABAT  terutamanya meyakinkan saya bahawa, saya diduga sedemikian rupa, kerana saya insan terpilih dan mampu menghadapinya. Saya cuba sedaya upaya bangkit dari terus jatuh dan akhirnya saya berjaya menghadapi dugaan tersebut dengan kemenangan. Apapun untuk memaafkan sesuatu yang boleh saya lakukan....tetapi untuk melupakan, amatlah payah kerana lukanya sangat2 dalam dan memberi kesan dari segi emosi saya. Apapun, saya tetap mencuba sedaya upaya supaya peristiwa itu tidak memberi kesan jangka panjang dalam kehidupan saya. 
Saya mahu mulakan yang baru dan memandang ke hadapan dan hari-hari esok, saya pastikan akan lebih baik dari semalam. Saya juga sangat berharap agar orang yang saya sayangi dan cintai juga dapat berbuat demikian.


No comments:

Post a Comment